Apakah pangkat-pangkat yang terdapat dalam Askar Wataniah?

Senarai pangkat-pangkat Askar Wataniah adalah sama dengan senarai pangkat-pangkat di dalam perkhidmatan Angkatan Tetap. Namun kini hanya pangkat-pangkat Brig Jen dan ke bawah sahaja yang terdapat di dalam Askar Wataniah : 

· PEGAWAI :  

 Hanya pangkat-pegawai Brig Jen dan ke bawah sahaja yang terdapat di dalam Askar Wataniah:

  • Leftenan Muda (LtM)
  • Leftenan (Lt)
  • Kapten (Kapt)
  • Mejar (Mej)
  • Leftenan Kolonel (Lt Kol)
  • Kolonel (Kol)
  • Brigadier Jeneral (Brig Jen)

·LAIN-LAIN PANGKAT (LLP) :

 Senarai pangkat LLP Askar Wataniah adalah seperti berikut:

  • Prebet (Pbt)
  • Lans Kopral (LKpl)
  • Kopral (Kpl)
  • Sarjan (Sjn)
  • Staf Sarjan (SSjn)
  • Pegawai Waren Dua (PW II)
  • Pegawai Waren Satu (PW I)