Apakah itu Askar Wataniah?

Askar Wataniah (AW) adalah badan Sukarela yang berlainan dari badan-badan Sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia dan bersama-sama dengannya untuk mempertahankan negara kita yang tercinta ini. Penyertaan saudara-saudari di dalam Askar Wataniah merupakan satu sumbangan murni di dalam menyahut seruan ibu pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan di dalam dasar pertahanan negara. HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk pengemblengan semua sumber negara di samping penglibatan angkatan tentera. Sebagai sebuah negara yang berkembang untuk mencapai matlamat sebuah negara yang maju, setiap pihak dan rakyat perlu memainkan peranan di dalam pembangunan dan pertahanan negara dan hendaklah menjadikannya sebagai sebahagian dari aktiviti masyarakat.