Pengurusan Latihan

Latihan Tempatan

Latihan Tempatan adalah apa-apa bentuk latihan dan perbarisan tempatan yang dikendalikan oleh pasukan masing-masing antara 2 hingga 12 jam setiap sesi (hari) latihan. Latihan ini dilaksanakan secara flexible (kesesuaian masa) bertujuan melengkap dan memahirkan anggota sukarela dengan perkara-perkara asas ketenteraan.

Latihan Berterusan

Latihan atau arahan sambil bertugas selain latihan tahunan bagi satu tempoh yang berterusan selama 72 jam atau lebih seperti yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Yang Layak (PBYL). Latihan ini diadakan bertujuan melengkapkan dan memahirkan anggota sukarela dengan tugas-tugas ketenteraan.

Latihan Kem Tahunan

Latihan yang berterusan sebagaimana yang ditentukan oleh PBYL tetapi hendaklah tidak melebihi 15 hari yang diagregatkan dalam setahun. Latihan ini adalah latihan kolektif kemuncak kepada Latihan Tempatan dan Latihan Berterusan yang telah dilaksanakan sepanjang tahun. Latihan yang dilaksanakan bertujuan untuk melengkapkan anggota AW dengan tugas-tugas ketenteraan dan berjaya mencapai objektif latihan yang ditetapkan.