BAHAGIAN PASUKAN SIMPANAN

BPS bertanggungjawab di dalam menyediakan sumber manusia terlatih untuk memenuhi keperluan Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD). Ini merangkumi promosi, pengambilan Pegawai/Anggota Sukarela/Pertugasan Sepenuh Masa dan Penyerapan Pegawai/Anggota Sukarela yang layak ke Angkatan Tetap.

Askar Wataniah turut terlibat di dalam rancangan pembangunan Tentera Darat yang sistematik dan tersusun sebagai salah satu elemen utama dalam memelihara kedaulatan negara.

BPS terletak di Markas Tentera Darat 2, Kementerian Pertahanan, Jalan Semarak Kuala Lumpur.

SEJARAH BPS

Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) merupakan Bahagian di bawah Markas Tentera Darat dan bertanggungjawab dalam hal-hal Pasukan Simpanan Tentera Darat. BPS tidak mempunyai sebarang pasukan di bawah perintah. Semua pasukan AW diletakkan di bawah perintah Markas Formasi setempat. BPS hanya mempunyai kuasa teknikal dalam hal-hal perancangan dan pembangunan, latihan, pentadbiran, perundangan, logistik dan juga kewangan.

 

VISI

Visi Askar Wataniah adalah membangun AW yang kredibel, seimbang serta mencapai nisbah 1:1 dengan Angkatan Tetap.

 

MISI

Misi Askar Wataniah adalah untuk membantu ganti (augment) Angkatan Tetap semasa perang, darurat dan melaksanakan operasi ketenteraan selain peperangan

OBJEKTIF

  • Meningkatkan paras kekuatan AW berbanding angkatan tetap pada kadar nisbah 1:1.

  • Meningkatkan keaktifan Pegawai dan Anggota Sukarela.

  • Meningkatkan Kompetensi Pegawai dan Anggota AW.

  • Organisasi yang Realistik dan Peningkatan Pengurusan Kerjaya bagi Mendokong Kemampanan (Sustainability).

  • Prasarana dan Logistik yang Kondusif.
  • Memperkasakan Kerjasama TD dengan Kerajaan Negeri serta Pihak Berkepentingan.

 

TANGGUNGJAWAB

BPS adalah bahagian yang bertanggungjawab kepada Panglima Tentera Darat bagi merancang pembangunan BPS dan penasihat kepada pemerintah-pemerintah formasi berkaitan askar wataniah.

 

ENDSTATE

Melahirkan anggota sukarela yang terlatih untuk membantu ganti angkatan tetap semasa perang/darurat.

 

ORGANISASI

WhatsApp Image 2024 01 02 at 5.46.58 PM