JAWATANKUASA PENDUKUNG ASKAR WATANIAH (JAKPAW)

  • PMAT 1/1996 - Pengurniaan Tauliah Kehormat : Sesiapa sahaja yang difikirkan layak dan sesuai serta boleh menyumbang bakti kepada pertahanan dan keselamatan Negara boleh disokong bagi dipertimbangkan Penganugerahan Tauliah Kehormat.

  • Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) telah diwujudkan di Peringkat Negeri. Jawatankuasa ini mempunyai pengaruh secara langsung terhadap semua agensi Kerajaan serta Swasta dan mampu untuk mengarahkan agensi-agensi tersebut membantu dalam pembangunan Askar Wataniah.

  • Penubuhan JAKPAW ini bertujuan untuk merancang semua jenis bantuan kepada pasukan - pasukan Angkatan  Sukarela Persekutuan untuk menentukan ianya dibangunkan sejajar dengan Pasukan Tetap. Disamping itu, Pasukan Sukarela Persekutuan akan sebaliknya menyumbang bakti kepada pembangunan Askar Wataniah khasnya dan negara amnya.

PERANAN JAKPAW

Bertanggungjawab kepada pemimpin Kerajaan Negeri dalam membangunkan Rejimen/Pasukan Angkatan Sukarela di negeri masing-masing. Meningkatkan keselamatan, pertahanan dan pembangunan Rejimen/Pasukan Angkatan Sukarela yang tidak berunsurkan politik, perkauman dan sensitiviti kenegerian

TUGAS JAKPAW

  • Menggalakkan rakyat di dalam negeri menceburkan diri dan menyertai Angkatan Sukarela

  • Menyebarkan maklumat tentang kepentingan dan faedah penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela

  • Mengadakan pelbagai insentif untuk membina identiti dan semangat setiakawan, pengiktirafan  dan keistimewaan kepada Anggota Sukarela

  • Membantu menyediakan persekitaran dan suasana kem, kawasan latihan yang kondusif serta membangun dan meningkatkan kem pasukan Angkatan Sukarela berkonsep gunasama

  • Bekerjasama dengan pihak swasta untuk melepaskan pekerja menjalani latihan ketenteraan

  • Membantu mengkoordinasikan aktiviti persatuan atau pertubuhan untuk mengikuti latihan ketenteraan dan menjadi AW

  • Menggunakan pengaruh politik dan kewibawaan Kerajaan Negeri membantu menjayakan konsep HANRUH di peringkat negeri

  • Menggunakan sumber penyebaran maklumat untuk menghebahkan kewujudan Angkatan Sukarela

  • Membantu mengatur rancangan integrasi yang dapat mengeratkan hubungan masyarakat dengan Angkatan Sukarela

 Rujukan: PMAT Bil 1, 1996