Struktur dan Elemen

Struktur AW adalah terdiri daripada Unit Tempur AW, unit Bantuan Tempur AW dan Bantuan Perkhidmatan AW kecuali GGK, KAGAT, KPA dan PUTD. AW juga mempunyai Rej Pakar iaitu Rej Pakar Jurutera dan Rej Pakar Semboyan.

 

Pasukan Tempur

Terdiri dari pasukan infantri yang ditubuhkan mengikut ciri-ciri organisasi pasukan tetap Rej Siri 500 AW dan Skn Armor Diraja.

Rejimen 501 AW
Rejimen 502 AW
Rejimen 503 AW
Rejimen 504 AW
Rejimen 505 AW
Rejimen 506 AW
Rejimen 507 AW
Rejimen 508 AW
Rejimen 509 AW
Rejimen 510 AW
Rejimen 511 AW
Rejimen 512 AW
Rejimen 513 AW
Rejimen 514 AW
Rejimen 515 AW
Rejimen 516 AW

Pasukan Bantuan Tempur

 Terdiri dari pasukan Bantuan Tempur AW yang ditubuhkan mengikut ciri-ciri pasukan tetap iaitu RSD Medan, RAJD Medan, RAD, KPTD dan KRD.

Pasukan Bantuan Khidmat

Terdiri dari pasukan perkhidmatan logistik seperti KKD, KPD, KOD dan KJLJD.

Pasukan Pakar

Mengandungi pasukan-pasukan pakar dan khusus untuk menentukan perkhidmatan-perkhidmatan penting (Essential Services) negara akan terus diselenggarakan walaupun negara diancam. Pasukan-pasukan ini adalah terdiri dari Pasukan Pakar RSD dan Pasukan Pakar RAJD.

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)

Pasukan yang melahirkan Pegawai Sukarela dari Universiti Awam (UA). Ditubuhkan pada tahun 1980 dan sehingga kini terdapat 18 buah PALAPES. PALAPES ditubuhkan di UA adalah untuk melatih pelajar-pelajar UA dalam ilmu ketenteraan bagi membina insan berdisiplin dan bersemangat waja. Menyedia sumber tenaga pegawai lepasan UA untuk Angkatan Tetap dan Angkatan Sukarela. Menyiapkan warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan pertahanan negara dan ketahanan nasional. Membantu mendekatkan lagi TD kepada masyarakat kampus khasnya dan masyarakat amnya. Bagi UA pula, PALAPES merupakan tempat di mana mahasiswa/mahasiswi dapat dilatih dan ditanamkan semangat patriotisme, berdisiplin dan berkebolehan untuk memimpin.

Sasaran Penting

Keseluruhan unit ini dianggotai oleh pegawai dan anggota yang Dipertugaskan Sepenuh Masa diletakkan di bawah perintah Markas Formasi bgd.