Bendera Askar Wataniah 

Menggunakan tiga warna iaitu merah, hijau dan kuning yang berbentuk sebuah bintang pecah 14. Bentuk, saiz bendera dan makna setiap warna adalah seperti gambar di bawah :

bendera

Konsep Warna

  • Merah - Melambangkan semangat perjuangan, kegagahan keperwiraan dan etika yang tinggi.
  • Hijau - Melambangkan kemakmuran tanah air.
  • Kuning - Melambangkan negara yang mengamalkan dasar raja berpelembagaan.

 Pecahan Bintang

Melambangkan 14 buah negeri di Malaysia

 

Lambang Askar Wataniah

Pemakaian paraphernalia pada pakaian seragam warga AW dapat mewujudkan penampilan identiti AW. Lambang dan makna bagi setiap identiti AW ditunjukkan di gambar di bawah :lambang

Bentuk, Lakaran dan Warna

Bentuk logo adalah bentuk shield dan warna yang digunakan adalah warna emas kesemua logo kecuali latar belakang di tengah logo adalah kosong.

 

Cogan Kata

Cogan kata AW adalah Berkhidmat Untuk Negara, merupakan aspirasi dan keprihatinan anggota AW yang bersedia berkhidmat untuk negara apabila diperlukan. Sentiasa rela berkorban masa dan tenaga demi kepentingan tanah air yang tercinta terutama semasa negara memerlukan khidmat mereka.