KONFRONTASI INDONESIA 1963-1966

Konfrontasi Indonesia 1963Konfrontasi Indonesia-Malaysia ialah sebuah konflik akibat daripada pembangkangan politik dan tentera Indonesia kepada pembentukan Malaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) dengan tanah jajahan mahkota/naungan British di Sabah dan Sarawak (secara kolektif dikenali sebagai British Borneo, Malaysia Timur) pada bulan September 1963.

 OP PENDATANG ASING TANPA IZIN / OP PERLINDUNGAN SEMPADAN

ops penawar

Usaha mengekang kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) di sempadan menjadi fokus utama Angkatan Tentera. Operasi yang dilaksanakan telah menutup ruang dan peluang pendatang asing daripada membolosi sempadan negara Malaysia. Ia juga berjaya mematahkan aktiviti jenayah rentas sempadan antaranya melibatkan aktiviti penyeludupan.

OP MURNI

ops pendatang tanpa izin dan ops perlindungan sempadan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meneruskan Op Murni bagi membantu mangsa banjir dan pembersihan tempat awam.

OP PENAWAR

ops murni

Atur gerak dan kesiapsiagaan ini meliputi aspek kawalan dan rondaan keselamatan di kawasan berisiko tinggi yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), lokasi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan pelaksanaan Task Force Operasi Pematuhan bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Pelaksanaan Op Penawar itu membabitkan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.