VISI

MEMBANGUN AW YANG KREDIBEL, SEIMBANG SERTA MENCAPAI NISBAH 1:1 DENGAN ANGKATAN TETAP.

MISI

UNTUK MEMBANTU GANTI (AUGMENT) ANGKATAN TETAP SEMASA PERANG, DARURAT DAN MELAKSANAKAN OPERASI KETENTERAAN SELAIN PEPERANGAN.

images 5banner 8banner 8

Syarat-syarat Pentauliahan Pegawai Sukarela Askar Wataniah

 Syarat-syarat pentauliahan Pegawai Sukarela AW adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Kemasukan melalui Tauliah PALAPES atau Kursus Bakal Pegawai Sukarela.
  • Berumur 18-45 tahun.
  • Darjah Kesihatan FE.
  • Kelulusan akademik sekurang-kurangnya lulus di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau setaraf.
  • Lulus Tapisan Keselamatan.
  • Umur Persaraan 
             > Kol ke atas        - 60 tahun
            > Lt Kol ke atas   - 55 tahun
            > Mej ke bawah   - 52 tahun
  • Tinggi minimum
             > Lelaki    - 1.62m 
             > Wanita   - 1.57m

Laluan Bakal Pegawai

  • Berpangkat sekurang-kurangnya Lans Koperal dalam angkatan sukarela. Syarat ini dikecualikan kepada pemohon yang akan ditauliahkan ke unit-unit pakar dan juga pemohon-pemohon yang mempunyai kelulusan ijazah.
  • Perlu menghadiri Kursus Bakal Pegawai kecuali pemohon-pemohon yang akan ditauliahkan ke unit-unit pakar, bekas pegawai tetap dan bekas pegawai sukarela AW.

 

Syarat-syarat Dipertugaskan Sepenuh Masa Pegawai Sukarela Askar Wataniah

    • Sekurang-kurangnya 1 tahun di dalam perkhidmatan sukarela.
    • Umur tidak melebihi 27 tahun pada tarikh Dipertugaskan Sepenuh Masa.
    • Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.70.
    • Keutamaan diberikan kepada pegawai yang telah aktif di pasukan dan telah menghadiri kursus kerjaya (Kursus Ketua Platun / Kursus Senjata Bantuan)
    • Mempunyai kelayakan fizikal seperti berikut:

1. Tinggi minimum 1.62m (lelaki) dan 1.57m (wanita).
2. Berat badan minimum 47.5 kg (lelaki) dan 45.0 kg (wanita).
3. Ukuran dada minimum bagi lelaki adalah 76 sm.
4. BMI antara 18.0 hingga 23.0.

 

Syarat-syarat Kemasukan Anggota Sukarela Askar Wataniah

    • Mestilah seorang warganegara Malaysia.
    • berumur antara 18 hingga 45 tahun.
    • Taraf Kesihatan. Calon-calon mestilah sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota untuk menjalankan tugas tentera, mengikut jenis jawatan dan cawangan masing-masing. Taraf kesihatan minima adalah seperti berikut:
                    Darjah Kesihatan Tubuh (DKT) mestilah FE.
                        Fizikal 
                        Lelaki
                                 - Tinggi minimum 157 sm. 
                                 - Berat minimum 47.5 kg. 
                                 - Ukuran dada 76 sm (biasa)          
                     Wanita
                                 - Tinggi minimum 147 sm.
                                 - Berat minimum 40.5 kg.
                                 - Ukuran dada tidak diperlukan
    • Kelulusan Akademik                
            - Keutamaan kepada calon yang mempunyai kelulusan SPM/SPMV/STPM/STAM atau setaraf.
           - Tamat tingkatan tiga di sesebuah sekolah yang dibantu penuh oleh kerajaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

Syarat-syarat Dipertugaskan Sepenuh Masa Anggota Sukarela Askar Wataniah

Syarat-syarat untuk dikerah berkhidmat sepenuh masa bagi anggota-anggota sukarela AW adalah tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan anggota tetap:

  • Lulus ujian kesihatan dan mempunyai darjah kesihatan FE.
  • Umur tidak melebihi 29 tahun pada tarikh Dipertugaskan Sepenuh Masa.
  • Sekurang-kurangnya lulus di peringkat SPM dan setaraf dengan lulus dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) dan subjek Sejarah. 
  • Telah menghadiri Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela dan berada di pangkat Prebet.
  • Seorang anggota sukarela yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun dan telah diiktiraf sebagai Prebet.