LATAR BELAKANG MALPTAAC

Malaysian Polytechnics Territorial Army Annual Camp (MaLPTAAC) telah diperkenalkan seawal tahun 1999 oleh bekas Pengarah Politeknik Ungku Omar (PUO) ketika itu Mej Ir. Mohammed Zakaraia bin Mohd Nor. Wujudnya MaLPTAAC telah membuka era baru di dalam pasukan Askar Wataniah Malaysia kerana sejak dari tahun itu, pasukan Askar Wataniah telah berjaya diwujudkan dengan aktifnya sehingga kini dalam sistem Politeknik Malaysia. Sejumlah 14 buah Politeknik telah berjaya menubuhkan pasukan Askar Wataniah.

Kerjasama erat juga telah wujud antara politeknik dengan Rejimen-Rejimen Askar Wataniah peringkat negeri di samping pengiktirafan oleh Kementerian Pertahanan di bawah kelolaan Bahagian Pasukan Simpanan hingga jadual MaLPTAAC telah digazetkan di dalam jadual latihan tahunan sejak tahun 1999 hingga kini. MaLPTAAC juga telah berjaya melatih sejumlah lebih 6600 orang anggota pasukan Askar Wataniah yang terdiri daripada pelajar Politeknik Malaysia dalam tempoh tersebut melalui 10 siri MaLPTAAC yang telah dijadualkan di Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu.

Setiap siri latihan berjaya menggabungkan kerjasama antara 2 elemen utama iaitu Politeknik Malaysia dan Rejimen Siri 500 AW. Kerjasama erat dalam pelbagai bentuk juga telah berjaya dijalin oleh 2 Kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pertahan Malaysia. MaLPTAAC telah berjaya mencipta namanya/jenamanya yang tersendiri di peringkat nasional dengan konsep latihan yang disusun atur bersesuaian dengan keperluan anggotanya di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). MaLPTAAC juga dikesan telah memberikan satu suntikan semangat kepada pelajar Politeknik Malaysia untuk menyumbang tenaga dan khidmat demi keselamatan negara apabila penyertaan pelajar ke dalam Angkatan Askar Wataniah bertambah setiap tahun.

MaLPTAAC sememangnya menjadi satu sesi latihan yang ditunggu-tunggu oleh warga kampus politeknik kerana ianya memeriahkan suasana kampus, memperlihatkan kekuatan ketenteraan di dalam sistem Politeknik Malaysia di samping boleh digunakan sebagai membantu mencapai matlamat kerajaan memperkukuhkan kekuatan anggota dalam pasukan simpanan. MaLPTAAC juga dilihat sebagai satu ruang penglibatan maksima pelajar dan kakitangan dalam pasukan simpanan.

Tambah membanggakan lagi ramai Pengarah Politeknik Malaysia sedia dipakaikan pangkat sebagai Mejar (Kehormat). Ketua Pengarah, Datuk Hj Mohlis bin Jaafar juga telah diwartakan dengan pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) malah dimasa akan datang wajar diketengahkan dengan pemakaian pangkat yang lebih tinggi memandangkan kekuatan anggota Askar Wataniah Politeknik Malaysia mencecah kekuatan 2 batalion setiap tahun. Juga akan dicadangkan lebih ramai lagi Pengarah Politeknik Malaysia serta pegawai-pegawai di bahagian-bahagian Politeknik diberikan peluang menjawat jawatan Kehormat dalam kegemilangan pasukan AW Politeknik.

 

PENGANJUR MALPTAAC

Siri 1/1999 - Politeknik Ungku Omar, Perak - Rejimen 503 AW
Siri 2/2000 - Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah - Rejimen 513 AW
Siri 3/2001 - Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan - Rejimen 508 AW
Siri 4/2003 - Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang - Rejimen 505 AW
Siri 5/2004 - Politeknik Kota Bharu, Kelantan - Rejimen 506 AW
Siri 6/2005 - Politeknik Shah Alam, Selangor - Rejimen 502 AW
Siri 7/2012 - Politeknik Merlimau, Melaka - Rejimen 514 AW
Siri 8/2013 - Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang - Rejimen 509 AW
Siri 9/2014 - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu - Rejimen 512 AW
Siri 10/2015 - Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak - Rejimen 503 AW
Siri 11/2016 - Politeknik Ibrahim Sultan, Johor - Rejimen 501 AW
Siri 12/2017 - Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah - Rejimen 513 AW
Siri 13/2018 - Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak - Rejimen 503 AW
Siri 14/2019 - Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang - Rejimen 505 AW
Siri 15/2021 - Politeknik Banting, Selangor - Rejimen 502 AW