Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau juga dikenali dengan singkatan PALAPES yang dulunya dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mahasiswa-mahasiswi di Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

     palapes1  palapes2  palapes3

Konsep Latihan PALAPES

Selain untuk melahirkan pegawai simpanan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, program PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan IPTA untuk membentuk kualiti seorang warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara. Seorang pegawai kadet akan dilatih dalam tempoh 3 tahun secara sambilan; di mana latihan biasa yang meliputi subjek-subjek berkaitan ketenteraan akan diadakan pada setiap hujung minggu. Selain daripada itu, latihan lanjutan dan latihan intensif juga akan diadakan setahun sekali secara sepenuh masa selama 3 minggu. Program PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Setiap pasukan PALAPES mempunyai Markas Latihan cawangan masing-masing. Pada masa kini, PALAPES telah ditubuhkan di 20 buah IPTA.

Senarai Palapes Di IPTA

 1. Universiti Teknologi Mara
 2. Universiti Malaysia Kelantan
 3. Universiti Sains Islam Malaysia
4. Universiti Kebangsaan Malaysia
 5. Universiti Teknologi Malaysia
 6. Universiti Tun Hussein Onn
 7. Universiti Malaya
 8. Universiti Putra Malaysia
 9. Universiti Sains Malaysia
10.  Universiti Utara Malaysia
11.  Universiti Malaysia Sarawak
12.  Universiti Malaysia Sabah
13.  Universiti Pendidikan Sultan Idris
14.  Universiti Malaysia Perlis
15.  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
16.  Universiti Teknikal Malaysia Melaka
17.  Universiti Malaysia Pahang
18.  Universiti Malaysia Terengganu
19.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
20.  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)