Bagaimanakah kerjaya sebagai Askar Wataniah?

Dalam Askar Wataniah setiap individu berpeluang meningkatkan kerjaya masing-masing dalam pasukan Sukarela dengan mendapat peluang-peluang berikut:- 

·Kursus Kerjaya - Berpeluang mengikuti kursus-kursus kerjaya di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) di Ipoh atau pasukan-pasukan penganjur yang lain.

·Kursus Fungsional - Berpeluang menghadiri kursus fungsional untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang ketenteraan yang khusus.

·Kenaikan Pangkat dan Pentauliahan - Anggota-anggota yang layak dan memenuhi syarat-syarat berpeluang dinaikkan pangkat dan bagi anggota-anggota yang mempunyai kelayakan akademik  Ijazah Sarjana Muda berpeluang ditauliahkan sebagai pegawai sukarela.