Apakah keistimewaan menjalani PALAPES?

1- Berpeluang menjalani aktiviti lasak dan mencabar.

2- Berpeluang mempelajari dan mengendalikan pelbagai jenis senjata yang terdapat di dalam silibus Pegawai Kadet PALAPES.

3- Berpeluang melawat institusi Latihan Ketenteraan seperti Puast Latihan dan Tempur Tentera Darat(PULADA),Pusat Latihan Risik (PULARIS),Pusat Latihan Armor (PULAMOR), Pusat Latihan Artileri (PUSARTI), Institusi Komunikasi Tentera Darat (IKED), Pengkalan Tentera Laut, Pengkalan tentera Udara dan sebagainya.

4- Berpeluang menyertai Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES yang diadakan setiap tahun secara bergilir-gilir di IPTA seluruh Malaysia.

5- Pengurniaan Watikah Tauliah sebagai Laftenan Muda ke dalam Rejimen Askar Wataniah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.