Apa Jenis Insentif Imbuhan Elaun Askar Wataniah?

Setiap anggota Sukarela akan dibayar elaun bagi setiap latihan yang dihadiri. Jenis-jenis elaun yang disediakan adalah seperti berikut :

  • Elaun Latihan Tempatan : Pegawai RM 9.80/LLP RM 8.00 sejam (2022). Elaun ini dibayar berasaskan jumlah jam kehadiran ke latihan tempatan.

  • Elaun Latihan Berterusan dan Elaun Latihan Tempatan :  Melebihi 3 hari (72 jam) berterusan.   
      · Latihan Berterusan - 14 hari.
      · Latihan Kem Tahunan - 15 hari. 

    Bayaran elaun harian mengikut skala tangga gaji sama dengan Angkatan Tetap seperti pangkat semasa yang disandang.

  • Elaun Pemberian Pakar :  (Pegawai RM 300.00/LLP RM 200.00) - Untuk pegawai atau anggota rejimen pakar yang ditauliahkan/didaftarkan untuk tempoh tidak kurang daripada empat tahun.

  • Elaun Perjalanan :   Dibayar bagi perjalanan menggunakan kenderaan persendirian dari tempat kediaman ke tempat latihan.  Syarat-syarat tuntutan:-  
       ·Menggunakan kenderaan persendirian (kereta atau motosikal).     
       ·Membayar tambang pengangkutan awam (tiket bas, teksi dan keretapi). Kelayakan bayaran elaun pengangkutan adalah seperti berikut: 
       
        1. Latihan Tempatan (hujung minggu).     
        2. Latihan Berterusan dan Kem Tahunan. 

  • Elaun Pakaian :
    ·Elaun Pakaian Istiadat : (RM 750.00) - Boleh dituntut lima tahun sekali bermula dari tarikh pentauliahan pegawai berkenaan.   
       ·Elaun Pakaian 'Outfit' : (RM 300.00) - Dibayar sekali semasa pentauliahan seseorang pegawai angkatan sukarela.
       ·Elaun Senggaraan Pakaian : (RM 125.00) - Dibayar setahun sekali dikira dari tarikh pentauliahan pegawai.
      ·Elaun Pakaian Tauliah Kehormat : (RM 1000.00) - Dibayar sekali semasa pegawai diberi tauliah kehormat seseorang pegawai angkatan sukarela. 

  • 'Bounti' :  Memenuhi syarat :-
    ·Kadar Penuh RM 520.00.
    ·Kadar Tiga Suku RM 390.00
    ·Kadar Separuh RM 260.00