gamabar depan 514 1

Komander Rejimen 514 AW

comdr 501

Brig Jen Datuk Yusof bin Jantan

Timbalan Komander Rejimen 514 AW

TK501

Lt kol Mohd Dhany bin Mohd Nor

Sejarah Rejimen 514 AW

Sejarah penubuhan pasukan sukarela di Negeri Melaka bermula pada 25 Oktober 1901 apabila satu kompeni repal telah ditubuhkan oleh pihak British. Kompeni ini merupakan  sebahagian daripada Singapura Volunteer Force (SVF) diketuai oleh seorang Pegawai British, Kapt R.N Bland yang beribu pejabat di Singapura. Pada peringkat awalnya keanggotaan Kompeni terdiri daripada orang-orang British yang bekerja di Melaka sebelum dibuka kepada bangsa Melayu, Cina dan India. Kompeni ini kekal sebagai SVF sebelum dibuburkan pada tahun 1906.

Semasa pergolakan Peperangan Dunia Pertama, SVF telah disusun semula dan Straits Settlement Volunteer Force (SSVF) ditubuhkan diikuti dengan penubuhan Melaka Volunteer Rifles (MVR) pada 12 Ogos 1915. Penubuhan pasukan ini adalah untuk menjaga kepentingan British di Negeri-Negeri Selat. Disebabkan penglibatan pihak British secara langsung di dalam Perang Dunia Pertama maka keanggotaan MVR diperbesarkan sehingga mencapai kekuatan 890 orang. Pada ketika inilah ramai anak-anak Melayu tempatan Negeri Melaka memasuki pasukan sukarela. Di antara yang menyerlah adalah Kapt Mohd Ali bin Maidin, Lt Abbas bin Saad dan Lt Abu Bakar bin Umar. Di atas perkhidmatan yang cemerlang dan semangat juang yang ditunjukkan, MVR telah menerima ‘Coronation Parade of King’ di London pada 12 Mei 1929. Kapt Mohd Ali bin Maidin telah dipilih mewakili MVR untuk menerimanya di London. Pada ketika ini MVR di bawah pemerintahan Mej W.M Sime. Penempatan awal MVR ialah Tanjung Beruas dan aktiviti latihan di kawasan ampin dan Batang Melaka.

Pada tahun 1031, MVR telah disusun semula dan digabungkan di bawah Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF) yang beribu pejabat di Singapura. Di atas perkhidmatan cemerlang MVF, kerajaan British melalui Pesuruh Jaya Tinggi British di Malaya telah menganugerahkan Panji-panji Rejimen pada tahun 1934. MVR turut berganding bahu menentang tentera Jepun. Pada 15 Feb 1942 apabila Jen Percival secara rasmi mengaku kalah kepada Jen Yamashita, MVR turut dibuburkan dan ramai anggotanya menyertai pasukan Tentera Sulit Force 136 bagi menentang tentera Jepun secara gerila di hutan.

 Pembukaan Kem Bukit Beruang bermula pada 18 Jun 1948 oleh pihak British dengan penubuhan Home Guard apabila Sir Edward Gent mengisytiharkan Ordinan Darurat. Hame Guard ditubuhkan bagi menentang ancaman pengganas komunis di samping menjaga keselamatan sasaran penting, perkampungan dan pecan kecil. Pembukaan kem di Bukit Beruang merupakan titik permulaan penglibatan kerajaan negeri serta anak watan dalam pasukan tentera sukarela di Melaka. Apabila darurat tamat pada 31 Jul 1060, pasukan Home Guard yang berpengkalan di Bukit Beruang turut dibubarkan. Keadaan kem ini pada masa itu hanyalah beberapa bangunan yang beratap zink yang separuh kekal dengan kemudahan asas yang minimum.

Apabila Home Guard dibuburkan, Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) negeri Melaka ditubuhkan di Bukit Beruang. Sebahagian besar anggota Home Guard diambil menyertai PPT. Kemuncak penubuhan PPT Melaka ialah apabila anggota diserap di dalam penubuhan unit-unit Tentera Darat. Anggota PPT Melaka turut terlibat dalam kerahan sepenuh masa semasa konfrontasi pada tahun 1963 serta kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Pada tahun 1968, beberapa bangunan yang sedia ada turut dipertingkatkan diikuti dengan pembinaan blok urus tadbir dua tingkat, padang kawad dan garaj kenderaan. PPT Melaka ketika ini diketuai oleh seotang Pegawai berpangkat Kapten sebagai Pegawai Memerintah, seorang Leftenan sebagai Ajutan dan Pegawai gaji serta Sarjen Mejar Rejimen dan PTT Kanan sebagai Pegawai Latih.  Sesuai dengan penyusunan semula Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) pada 1 Jan 1980, PTT Melaka telah dibubarkandan dikenali sebagai Batalion ke 5 Rej 502 (PSTD) yang merukan salah satu dari batalion di bawah Rej 502 (AW) berpengkalan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pada 1 Jan 1980, selaras dengan penubuhan Rej 508 (AW) di Seremban, Negeri Sembilan, Bn 5 Rej 502 (PSTD) Negeri Melaka telah dibubarkan dan dikenali sebagai Bn 2 Rej 508 (AW). Penempatan bn ini kekal di Kem Bukit Beruang dan bertanggungjawab dalam pengambilan anggota sukarela di seluruh negeri Melaka. Batalion ini juga turut menyumbang anggota untuk dikerahkan sepenuh masa dan berkhidmat di siri 100 dan 300 (AW). Pada masa itu kemudahan kem ini turut dipertingkatkan dengan pembinaan 2 blok penginapan lelaki, 1 blok penginapan perempuan, dewan makan dan dewan terbuka (Dewan Seri Beruang).

Majlis Angktan Tentera (MAT) ke 353 yang bersidang pada 28 Oktober 1996 memutuskan penubuhan Rejimen 514 Askar Wataniah bagi negeri Melaka. Penubuhan ini selaras dengan pengubahsuaian struktur semua rejimen siri 500. Selaras dengan itu, Bn 2/508 (AW) yang bertempat di Kem Buklit Beruang, Melaka, turut dibubarkan dan dijadikan nukleus kepada Markas Rejimen 514 (AW). Tarikh kuatkuasa penubuhan Rej 514 (AW) pada 14 Jun 1997. Dalam pada itu, rejimen perlu mencapai status operasi sepenuhnya pada 14 Jun 1999. Walau bagaimanapun   status operasi telah dicapai oleh Rej 514 (AW) pada 1 Jul 1999.

Pada 7 Mei 2002, Rej 514 (AW) memperolehi waren perjawatan bilangan K 9 tahun 2002 rujuk KP/PERJ/155/3 Jil 4 (55) bth 20 Mac 2002. Nombor perjawatan adalah FED(M)/4142/1/2002. Penubuhan rejimen ini adalah merupakan kemuncak kepada perkembangan kegiatan pasukan sukarela di negeri Melaka yang turut mempunyai Rejimen AW tersendiri seperti negeri-negeri lain.

 Komander

Komander Rejimen 514 AW :

1. Kol Prof Dr. Dato’ Zakaria bin Hj Ahmad.
    15 Jun 1997 hingga 14 Jun 2002

2. Lt Kol Mohd Nizam Pasupathy Bin Abdullah.
    15 Jun 2002 hingga 27 Mei 2005


3. Brig Jen Dato’ Mohd Shahrom bin Mohamad.
   30 Mei 2005 hingga 10 April 2008

4. Brig Jen Datuk Yusof bin Hj Jantan.
   15 Jul 2009 hingga Sekarang

Timbalan Komander

Timbalan Komander Rejimen 514 AW :

1. Mej Mahadi bin Abdul.
    30 Sep 1998 hingga 23 Jun 1999

2. Mej Zaidee Ee bin Abdullah.
    24 Jun 1999 hingga 20 Mac 2002

3. Lt Kol Mohammad bin Hj Yusoff.
    21 Mac 2002 hingga 30 Mac 2005

4. Lt Kol Hashim bin Hj Ali. 
    1 April 2005 hingga 15 Jun 2009

5. Lt Kol Che Manan bin Saat. 
    16 Jun 2009 hingga 4 Jan 2015

6. Lt Kol Sazili Bin Ghazali.
    5 Jan 2015 hingga 25 Apr 2016

7. Lt Kol Mohamad Qadri Bin Abu Bakar.
    26 Apr 2016 Hingga 9 Okt 2018

8. Lt Kol Zam Azhari Bin Zainuddin.
    10 Okt 2018 hingga 30 Mei 2020

9. Lt Kol Roszaini Bin Mohamad Alide.
    1 Jun 2020 hingga 17 April 2021

10. Lt Kol Jamaluddin bin Mahamood.
      18 April 2021 hingga 24 Mei 2021

11. Lt Kol Mohamad Nasaruden bin Md Hassan.
       25 Mei 2021 hingga 14 Jan 2024

12. Lt kol Mohd Dhany bin Mohd Nor.
       15 Jan 2024 hingga Sekarang

Visi dan Misi

Visi

Membentuk sebuah rejimen yang mempuyai sistem pentadbiran yang berkualiti serta mempunyai warga yang berdisiplin, bermotivasi, bersemangat dan cintakan perkhidmatan.

Misi

Melahirkan anggota sukarela yang terlatih serta bersedia membantu anggota tetap dalam melaksanakan tugas.