512

Komander Rejimen 512 AW

comdr 501

YAM Tengku Seri Temenggong Raja 

Brig Jen Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Timbalan Komander Rejimen 512 AW

TK501

Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin

Sejarah Rejimen 512 AW

Pada tahun 1959, setelah keadaan keselamatan dalam negeri di seluruh negara telah dapat dipulihkan dari ancaman komunis, Pusat Latihan Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) yang bertempat di Tanjung Sura dan Markasnya di Kem Nibong, Dungun, Terengganu telah dibubarkan. Memandangkan pada ketika itu ramai di kalangan ahli Home Guard ingin meneruskan perkhidmatan sukarela, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengambil keputusan untuk menyusun semula Pasukan Sukarela secara lebih tersusun dan teratur. Justeru itu, pada tahun yang sama, 2 Batalion Tentera Tempatan Persekutuan (TTP) telah ditubuhkan di Negeri Terengganu dengan penempatan Batalion Pertama di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu dan Batalion Kedua di Kem Nibong, Dungun, Terengganu. Tugas utama kedua-dua Batalion adalah mengambil dan melatih penduduk tempatan dalam perkhidmatan sukarela dari seluruh daerah di Negeri Terengganu.

Pada tahun 1964, TTP Terengganu telah disusun semula di mana Batalion Pertama dan Batalion Kedua digabungkan menjadi Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) Negeri Terengganu. Kedudukan kem-kem masih dikekalkan, hanya Markas pasukan di Jalan Sultan Ismail (Wisma Pesekutuan Terengganu sekarang) dipindahkan ke Jalan Sultan Omar (Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu). DYMM Lt Kol Tengku Mahmud Ibni Almarhun Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang ketika itu sebagai DYTM Raja Muda Terengganu, menjadi Pegawai Memerintah PPT Terengganu yang pertama.

Pada tahun 1979, PPT Terengganu dibubarkan kerana kewujudan Rej Siri 500 dan PPT Terengganu telah dijadikan Batalion Ke 5 kepada Rej 506 AW yang berpusat di Pengkalan Chepa, Kelantan. Dari segi pentadbiran, ia amat merumitkan kerana anggota anak watan Terengganu diperintah oleh pasukan di Kelantan. Dalam masa yang sama, Pegawai Memerintah PPT Terengganu, DYMM Lt Kol Tengku Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang menaiki takhta Kerajaan Negeri Terengganu telah menyelesaikan masalah sensitif ini, di mana pada 1 Feb 81, Rej 512 AW telah ditubuhkan dengan rasminya dan menjadi pasukan kemegahan anak watan Negeri Terengganu. Markas Rej 512 AW telah berpindah ke Kem Padang Midin dan dirasmikan oleh Mej Jen Dato’ Isa bin Che Kak, Panglima XI Div (TA) pada 28 Feb 88.

 Komander

Komander Rejimen 512 AW :

1. DYMM Lt Kol Tengku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
    1964 hingga 1979

2. Kol Prof Dato’ Dr Kamaruddin bin Hj Kachar.    

    10 Jan 1994 hingga  01 Mei 1998

3. Brig Jen  Dato’ Hj Che Mat bin Jusoh.    
     01 Sep 1999 hingga 15 apr 2011

4. YAM Brig Jen Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
     02 Ogos 2012 hingga Sekarang

Timbalan Komander

Timbalan Komander Rejimen 512 AW :

1. Lt Kol Raja Shaharudin bin Raja Rome.
    01 Apr 81 hingga 18 Nov 84

2. Lt Kol Wan Idris bin Wan Mustaffa.
    19 Nov 84 hingga 04 Jun 87

3. Lt Kol Mohd Aris bin Ariffin.
    05 Jun 87 hingga 31 Mac 93

4. Lt Kol Hj Rosly bin Yusof. 
    01 Apr 93 hingga 31 Dis 97

5. Lt Kol Khairul Baharin bin Haji Jamaluddin. 
    01 Jan 98 hingga 31 Mei 02

6. Mej Mohamat Isa bin Hassan.
    01 Jun 02 hingga 30 Jun 03

7. Lt Kol Haji Salleh bin Anuar.
    01 Jul 03 hingga 31 Dis 04

8. Mej Kamal bin Hashim.
    01 Jan 05 hingga 31 Okt 05

9. Lt Kol Yon bin Hassan.

    01 Nov 05 hingga 31 Mei 07

10. Lt Kol Hj Khairuddin bin Mohd Ali.
      01 Jun 07 hingga 01 Nov 08

11. Lt Kol Hj Adnan bin Othman.
      02 Nov 09 hingga  07 Sep 11

12. Lt Kol Nazli bin Alias.
      08 Sep 11 hingga 12 Feb 13

13. Lt Kol Ismail Bin Ariffin.
      12 Feb 13 hingga 21 Ogos 13

14. Lt Kol Abdul Hamid bin Maarus.
      21 Ogos 13 hingga 15 Jun

15. Lt Kol Burhan bin Sagoni.
     15 Jun 15 hingga  22 Feb 16

16. Lt Kol Ahmad Rusaizi Bin Abd Aziz.
      25 Feb 16 hingga 25 Mei 18

17. Lt Kol Roslan bin Mohd Zin.
      25 Mei 18 hingga 7 Ogos 20

18. Lt Kol Shaharul bin Othman.
      8 Ogos 20 hingga 7 Ogos 22

19. Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin
      8 Ogos 22 hingga Sekarang

Visi dan Misi

Visi

    a.    Membantu-ganti (Augment) Angkatan Tetap supaya bersama-sama dengannya mengadakan paras kekuatan yang diperlukan untuk mempertahankan kepentingan strategik negara di masa darurat dan perang.

       b.    Membantu Angkatan Tetap dalam peperangan melawan insurgensi dan Konvensional yang bersedia untuk dimobilasasi dan aturgerak bila keadaan memerlukan.

        c.   Membantu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa awam dalam masa bencana alam dan waktu kecemasan lain.

Misi

Misi pasukan adalah menyediakan Anggota Sukarela yang sentiasa bersiap sedia bagi membantu ganti pasukan tetap di dalam peperangan disamping membantu pihak berkuasa tempatan di dalam keadaan aman dan bencana alam.