Dpan kem 508 1

Komander Rejimen 508 AW

                                                                                                                                                                                              TUNKU ALI

YAM Kol Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz

Timbalan Komander Rejimen 508 AW

TK501

Lt Kol Fadzlin bin Md Nasir

Sejarah Rejimen 508 AW

Rejimen Sukarela di Negeri Sembilan telah diwujudkan semenjak tahun 1916 yang dikenali sebagai Rejimen Sukarelawan Infantri. Semenjak tahun tersebut penyusunan semula Rejimen Sukarela berterusan sehingga tahun 1950 apabila Rejimen Kawalan Kampung (Home Guard)ditubuhkan. Di samping Rejimen Sukarela Infantri ini, pembentukan Rejimen sukarela teknikal juga ditubuhkan iaitu unit Service Corp, Provost dan Recce Corp.

Ekoran daripada penubuhan Rejimen Kawalan Kampung (Home Guard) dan Unit-Unit Teknikal pada tahun 1950, sebuah kem di Jalan Rasah telah dibina pada bulan Mac 1950 dan siap pada bulan Mei 1951. Kem seluas 3.64 hektar ini menempatkan tiga buah bangunan untuk rejimen-rejimen ini. Rejimen Kawalan Kampung (Home Guard) dibubarkan pada tahun 1958 yang kemudiannya dikenali sebagai Pusat Askar Wataniah (bagi seluruh Negeri Sembilan). Pada awal tahun 1963, sekali lagi Rejimen Sukarelawan telah terlibat dengan penyusunan semula Askar Wataniah dan telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Rejimen Infantri terdiri daripada 11, 12, 13, dan 14 Batalion Infantri Askar Wataniah dan Unit-Unit Teknikal, manakala bahagian kedua ialah Rejimen Pertahanan Tempatan (PPT). Ketika itu setiap negeri mempunyai PPTnya sendiri termasuk Negeri Sembilan.

Atas keperluan dan perkembangan semasa PPT NS telah dibubarkan pada 31 Dis 79 dan mulai Jan 80 menyaksikan perubahan pentadbiran Kor AW telah diubahsuai dan disusun semula. Setelah pembubaran, rejimen ini (PPT NS) didesignasikan sebagai Bn 4/502 Rejimen Simpanan Tentera Darat (PSTD) dan PPT Melaka pula sebagai Bn 5/502 (PSTD) diletakkan di bawah pentadbiran 502 PSTD yang mengendalikan segala hal berkaitan PSTD. Pada 1 Jan 81, Rejimen dijadikan Rejimen 508 PSTD mengandungi empat batalion dengan menempatkan Bn 1 di Kem Jalan Rasah, Seremban, Bn 2 di Bukit Beruang, Melaka dan Bn 3 di Kem Kuala Pilah sementara Bn 4 pula diklasifikasikan sebagai Batalion Implimentasi.

Di bawah perjawatan FED (M)/4142/80(AW), Rejimen 508 PSTD dikenali pula sebagai Rejimen 508 Askar Wataniah dan Batalion-Batalion ditempatkan di Kem Jalan Rasah untuk Markas Rejimen dan Bn 1, manakala Bn 2 di Kem Tampin dan Bn 3 kekal di Kem Kuala Pilah.

Sebagaimana yang telah dijelaskan, rejimen ini telah ditubuhkan pada 1 Jan 81 dengan perjawatan empat batalion termasuk satu Batalion Implimentasi yang bertanggungjawab kepada Negeri Sembilan dan Melaka. Pada 28 Okt 96, Majlis Angkatan Tentera (MAT) sidang ke 353 telah meluluskan penubuhan empat rejimen baru iaitu Rejimen 513, 514, 515 dan 516 (AW). Penubuhan ini dilaksanakan secara berperingkat dengan pengubahsuaian struktur 4 rejimen iaitu Rejimen 502, 504, 507 dan Rejimen 508. Sejajar dengan rancangan penubuhan ini, rejimen telah disarankan supaya Bn 2/508 AW didesignasikan sebagai Rejimen 514 AW dengan mewujudkan kumpulan nukleas Markas Rejimen bersama Batalion Pertama di Bukit Beruang, Melaka dan bertanggungjawab kepada Negeri Melaka sahaja, bagi menggantikan batalion ini, penubuhan semula Bn 2/508 AW diwujudkan di Tampin. Sementara menunggu kelulusan perjawatan, kumpulan Adhoc Bn 2/508 AW telah ditubuhkan pada 1 Nov 98. Keanggotaan untuk mengisi perjawatan ini diambil dari anggota tetap Rej 508 AW. Untuk peringkat permulaan nukleus Bn 2/508 AW dianggotai oleh seorang Pegawai, 3 PTT Kanan serta seorang kerani dan ditempatkan sementara di Kem Jalan Rasah, Seremban. Pada 1 Okt 2003, Bn 2/508 AW telah dengan rasminya beroperasi dan ditempatkan di Kelab Antarabangsa, Tampin dengan kekuatan 2 Pegawai, 5 PTT Kanan dan 8 Kpl ke bawah.

 Komander

Komander Rejimen 508 AW :

1. Kol Syed Idrus bin Tengku Syed Mohammad.    
   31 Jan 1981 hingga 30 Jun 1984

2. Kol Datuk (Prof) Mohamad Ghazali @ Mohd Noor bin Abdul Rahman.    
    1 Jul 1994 hingga 27 Feb 1996

3. Kol Dato’ Hj Abdul Aziz bin Mohamed.
    28 Feb 1996 hingga 15 Jun 1997

4. Brig Jen Datuk Haji Mohmad Shaid bin Mohd Taufek.
    1 Jun 2004 hingga 10 Mac 2007

5. Brig Jen Dato’ Mohd Shahrom bin Mohamad.
    30 Okt 2008 hingga 14 Okt 2013

6. Kol Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
    28 Okt 2013 hingga 27 Okt 2018

7. YAM Kol Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz.
    24 Mei 2019 hingga Sekarang

Timbalan Komander

Timbalan Komander Rejimen 508 AW :

1. Lt Kol Malakan bin Kamaruddin.
    1 Jan 1981 hingga 31 Dis 1982

2. Lt Kol Kamaruddin bin Abdul Manap.
    1 Jan 1983 hingga 31 Mac 1986

3. Lt Kol Tong Meng Kee.
    1 Apr 1986 hingga 31 Dis 1987

4. Lt Kol Idris bin Haji Hassan. 
    1 Jan 1988 hingga 30 Sep 1990

5. Lt Kol Nordin bin Haji Mohd Ali. 
    1 Okt 1990 hingga 30 Okt 1992

6. Lt Kol Mohd Yusoff bin Abdul Razak.
    1 Nov 1992 hingga 31 Mei 1994

7. Lt Kol Fathol Zaman bin Bukhari.
    1 Jun 1994 hingga 7 Jan 1998

8. Lt Kol Abdul Jalil bin Makmor.
    8 Jan 1998 hingga 30 Okt 2000

9. Lt Kol Ramli bin Omar.

    1 Nov 2000 hingga 30 Sep 2002

10. Lt Kol Mohtar bin Mustaffa.
    1 Okt 2002 hingga 14 Jan 2004

11. Lt Kol Mohamad bin Aziz.
     15 Jan 2004 hingga 18 Sep 2005

12. Lt Kol Shaiful Hisham bin Hj Mahat. 
      19 Sep 2005 hingga 29 Okt 2006

13. Lt Kol Hassim bin Mat.
      30 Okt 2006 hingga 31 Dis 2008

14. Lt Kol Sheikh Aladin bin Abdul Razak.
      1 Jan 2008 hingga 15 Jan 2009

15. Lt Kol Che Jamal bin Othman Shah.
      16 Jan 2009 hingga 20 Jul 2011

16. Allahyarham Lt Kol Kamrul Baharin bin Ismail.
      21 Jul 2011 hingga 10 Apr 2012

17. Lt Kol Muhd Nur bin Abd Ghani.
      12 Apr 2012 hingga 21 Sep 2012

18. Lt Kol Mahadi bin Abu.
      22 Sep 2012 hingga 13 Sep 2013

19. Lt Kol Mohammad Razeif bin Che Ahmad.
      23 Sep 2013 hingga 12 Jan 2015

20. Lt Kol Mohd Jailani bin Ismail.
      13 Jan 2015 hingga 31 Jan 2019

21. Lt Kol Muhammad Nadzrul Fadzli bin Ramli.
      1 Feb 2019 hingga 8 Jan 2021

22. Lt Kol Mohamed Rosly bin Darasid.
      9 Jan 2021 hingga 9 Feb 2023

23. Lt Kol Fadzlin bin Md Nasir
      10 Feb 2023 hingga Sekarang

Visi dan Misi

Visi

Rejimen ini bertanggungjawab untuk memilih dan merekrut sukarelawan dan sukarelawati negeri sembilan sebagai anggota aw untuk membantu anggota tetap dan pihak berkuasa awam apabila keadaan memerlukan.

Misi

Menghasilkan pemimpin tetap dan sukarela di semua peringkat yang bersifat proaktif dan berkebolehan tinggi serta berwibawa.