depan kem 502

Komander Rejimen 502 AW

 

-TIADA-

Timbalan Komander Rejimen 502 AW

TK501

Lt Kol Afzanizan bin Ismail

Sejarah Rejimen 502 AW

Catatan awal sejarah Pasukan Sukarela iaitu The Malay State Volunteer Reserve (MSVR), ditubuhkan bermula pada tahun 1915 di Negeri Selangor oleh Kerajaan British dan kemudiannya ditukarkan namanya kepada Federated Malay State Volunteer Force (FMSVF) dan Batalion Ke-2 (FMSVF) ditempat di Selangor, walau bagaimanapun pasukan ini kemudiannya telah dibubarkan oleh kerajaan British pada bulan Jun 1948 selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Pasukan sukarela dirombak semula menjadi Pasukan Home Guard selepas itu bagi memantapkan lagi fungsi pasukan. Teras penubuhannya ialah untuk membolehkan pasukan ini mengawal kampung-kampung dan sasaran penting. Pasukan ini juga menjadi pengintip terhadap musuh, menyalurkan maklumat kegiatan komunis kepada pemerintah juga ditugaskan untuk mengendalikan Balai Polis. Di antara tugas utama meraka adalah menjalankan sekatan jalanraya dan membuat operasi penapisan di tempat-tempat awam.

Kempen yang dijalankan oleh pemerintah Inggeris bagi menggalakkan orang kampung untuk menyertai Pasukan Home Guard telah berjaya menarik ramai bilangan sukarelawan tanah air. Apabila darurat berakhir, masih terdapat ramai sukarelawan yang masih bersemangat dan berminat untuk meneruskan tanggungjawab mengawal keselamatan tempatan.

Ekoran dari keadaan ini pada 1 Jun 1958 The Territoral Army (Term Of Service) Regulation 1959 Pay and Allowances) Rules 1958 diperkenalkan. Ramai anggota dari pasukan Home Guard, sukarelawan dan pegawai tentera yang bersara menyertai Pasukan Pertahanan Tempatan selepas itu.

Di negeri selangor, asas penubuhan Rejimen 502 Askar Wataniah bermula daripada penubuhan PTT Selangor Siri 403 pada bulan Februari 1962 di Kem IMPHAL, Kuala Lumpur dan kemuadian berpindah ke Kem Jalan pada tahun 1965. PPT Selangor ini memulakan usahanya untuk melaksanakan pengambilan anggota sebaik sahaja ditubuhkan dan telah berjaya pada peringkat awalnya merekrut seramai 400 orang anggota sukarela dan kemudiannya bilangan tersebut telah bertambah sehingga 2,000 orang pegawai dan anggota.

Berkuatkuasa pada 1 Januari 1980, PPT Selangor telah ditukar namanya kepada Rejimen 502 Askar Wataniah. Pada ketika itu Rejimen ini mempunyai lima Batalion iaitu Markas Rejimen dan Batalion Pertama di Kem Jalan Ampaang, Batalion Kedua di Perlabuhan Klang, Batalion Ketiga di Sabak Bernam, Batalion Keempat di Kuala Kubu Bharu dan Batalion Kelima di Kajang. Komander pertama yang dilantik ialah Kol Wan Ismail bin Wan Hamid bermula pada 1 Februari 1980 hingga 31 Jun 1984.

Pada penghujung tahun 1989, Rejimen ni telah disusun semula dimana Batalion Keempat dan Batalion Kelima tidak diaktifkan. Struktur organisasi yang digunapakai sekarang oleh Rejimen adalah berpandukan kepada surat MK TD/G5/4411/AW (10) bertarikh 4 Dis 2003 (Fed (M)/4142/1/80/01 (Pind 1/2003) kuatkuasa 1 Januari 2003 melalui proses penyusunan semula yang dilakukan dimana Rejimen 502 Askar Wataniah hanya mengimplementasi dan mengaktifkan hanya tiga batalion iaitu Markas Rejimen dan Batalion Satu dikekalkan kedudukannya di Kem Jalan Ampang dengan kawasan tanggungjawab meliputi daerah Sepang, Kuala Langat dan Hulu Langat, manakala Batalion Kedua dipindahkan dari Perlabuhan Klang ke Kem di Seksyen 16, Shah Alam dan kawasan tanggungjawabnya meliputi daerah Klang, Petaling dan Gombak, manakala Batalion Ketiga dikekalkan di Kem Sabak Bernam dengan kawasan tanggungjawab merangkumi daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Majlis Angkatan Tentera yang bersidang pada kali Ke-353 paada tahun 1996 telah membuat keputusan untuk menubuhkan Rejimen baru sebagai tambahan kepada Rejimen-Rejimen Siri 500 sedia ada pada ketika itu. Hasil daripada keputusan tersebut, pada 14 Jun 1997 Batalion Satu Rejimen 502 Askar Wataniah telah dijadikan sebagai asas penubuhan Rejimen 515 Askar Wataniah yang bertanggungjawab kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lanjutan daripada itu Rejimen 502 Askar wataniah telah mengambil langkah mulai 14 Jun 1997 untuk menubuh dan membuat pengisian semula pegawai dan anggota Batalion Satu secara berperingkat-peringkat hinggalah memenuhi sasaran dan keperluan kekuatan satu Batalion sehinggalah ke pertengahan tahun 2000.

Sekali lagi pada 16 Januari 2006, Markas Rejimen dan Batalion Satu, Rejimen 502 Askar Wataniah telah dipindahkan secara rasminya dari Kem Jalan Ampang ke Kem Sungai Buloh dan diletakkan dibawah Pemerintahan Briged Kesebalas Infantri Malaysia. Sebagai sebahagian daripada langkah untuk menarik lebih ramai penyertaan masyarakat dalam pasukan tentera simpanan pada 3 Mei 1997, Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Selangor telah ditubuhkan dengan objektif untuk memberi bantuan kepada Rejimen 502 Askar Wataniah dalam usaha untuk menggalakkan rakyat di Negeri Selangor untuk menceburkan diri dalam Pasukan Askar Wataniah.

 Komander

Komander Rejimen 502 AW :

1. Kol Wan Ismail bin Wan Hamid.    
   1980 hingga 1984

2. Kol Prof Dato’ (Dr) Hj Ariffin bin Suhaimi.    
    1 Jul 1984 hingga 19 Jan 1998

3. Brig Jen Prof Madya Dato’ (Dr) Haji Idris bin Abdol.
    20 Jan 1998 hingga 31 Jan 2008

4. Brig Jen Prof Madya Hj Thanthawi Jauhari bin Hj Ahmad. 
    1 Feb 2008 hingga 28 Feb 2018

5. Kol Sazali bin Sukardi.
    26 Nov 2019 hingga Sekarang

 

Timbalan Komander

Timbalan Komander Rejimen 502 AW :

1. Lt Kol Tengku Mokhtar bin Tengku Mohd Jewa.
    1 Feb 1980 hingga  31 Mei 1982

2. Lt Kol Kamalul Ariffin bin Ibrahim.
    1 Jan 1982 hingga 3 Jan 1984

3. Lt Kol Adnan Bin Tajudin.
    4 Jan 1984 hingga 12 Ogos 1989

4. Lt Kol Zulkifli bin Ismail Babu. 
    13 Ogos 1989 hingga 16 Okt 1990

5. Lt Kol Mohd Azzam bin Mohd Hanif. 
    17 Okt 1990 hingga 8 Jan 1992

6. Lt Kol Mohd Benyamin bin Ismail Babu.
    9 Jan 1992 hingga 31 Ogos 1994

7. Lt Kol Mohd Yasin bin Hj Tahir.
    1 Sep 1994 hingga 24 Mac 1995

8. Lt Kol Nik Ibrahim bin Che Hassan.
    25 Mac 1995 hingga 17 Mac 1996

9. Lt Kol Mohd Yasin bin Hj Tahir.
    18 Mac 1996 hingga 7 Jan 1998

10. Lt Kol Ariffin Shah bin Mohamad.
      8 Jan 1998 hingga 31 Dis 2000

11. Lt Kol Mohd Daud bin Zakaria. 
      1 Jan 2001 hingga 18 Mei 2005

12. Lt Kol Johari bin Mat Shek.
      19 Mei 2005 hingga 31 Jan 2008

13. Lt Kol Md Yusof bin Sebli. 
      22 Jul 2008 hingga 14 Jan 2009

14. Lt Kol Jasman bin Bagiman.
      15 Jan 2009 hingga 8 Mei 2010

15. Lt Kol Azman Shah bin Omar.
      9 Mei 2010 hingga 18 Feb 2014

16. Lt Kol Hishamudin bin Mostafa. 
     19 Feb 2014 hingga 17 Nov 2015

17. Lt Kol Mohd Zamri bin Sukardi.

      5 Jan 2016 hingga Jun 2023

18. Lt Kol Afzanizan bin Ismail.
      2 Jun 2023 hingga Sekarang.

Visi dan Misi

Visi

Sebagai satu rejimen yang mampu dikerah tenaga dan diaturgerakkan untuk melaksanakan misi dan tanggungjawab

Misi

Mempertingkatkan keupayaan dan kemampuan batalion-batalion dalam rejimen sebagai elemen tempur untuk membantu angkatan tetap