depan kem 507 2

Komander Rejimen 507 AW

comdr 501

Brig Jen Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar

Timbalan Komander Rejimen 507 AW

TK501

Lt Kol Adli Ifan bin Azmi

Sejarah Rejimen 507 AW

Rej 507 AW telah ditubuhkan pada 15 Jun 1968 sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau `Local Defence Corps (LDC)’ untuk Negeri Sabah. Penubuhan PPT Sabah adalah berdasarkan dua aspek yang melibatkan kepentingan negara pada masa tersebut. Penubuhan Pasukan Pertahanan Tempatan Sabah adalah berasaskan kepada kuasa undang-undang Negara melalui `The Territorial Army Ordinance 1958’ yang telah diubahsuai dan dipinda melalui Akta Parlimen No 11/67. Seksyen 3 (1) Akta 1972 menghuraikan ertikata seperti berikut:

“There shall be raised and maintained in the Federation a Territorial Army, to be styled ‘Askar Wataniah Malaysia’ or in English, ‘Malaysia Territorial Army’.

Berdasarkan kepada kuasa akta tersebut, kerajaan telah berjaya menubuhkan PPT Sabah di sisi undang-undang dan Perlembagaan Negara dimulai dengan Negeri Sabah. Walau bagaimanapun, kuasa ini hanya bergantung pada ayat “Malaysia” yang terdapat pada akta tersebut untuk tujuan yang dimaksudkan. Pada 1 Jun 1976, Akta Angkatan Tentera, 1972 (Akta 77) telah dikuatkuasakan bagi mengemaskini keperluan Angkatan Tentera Malaysia, lebih-lebih lagi dalam hal penubuhan angkatan sukarela termasuk di Sabah dan Sarawak. Bagi pasukan-pasukan sukarela, akta ini memainkan peranannya pada Seksyen 217 (1) (a) dan Bahagian XI. Walaupun demikian ordinan-ordinan terdahulu masih dipakai di mana wajar, kepada kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan tentera seperti berikut:

  • The Territorial Army Ordinance, 1958.
  • he Territorial Army (Terms and Conditions of Service) Regulations, 1958.
  • The Territorial Army (Pay and Allowances) Rules, 1959.

Pada awal tahun 1988, Rej Siri 500 AW bertukar daripada Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) kepada Askar Wataniah (AW) setelah mengambil kira gelaran asal Angkatan Sukarela yang diwujudkan sejak pengisytiharan ” TA Ordinance ” tahun 1958. Pada tahun itu, Rej 507 AW masih berada di bawah pemerintahan Div (PSTD). Pada tahun 1989, organisasi Rej Siri 500 AW telah dirombak semula dan Rej 507 AW seterusnya telah diletakkan di bawah Pemerintahan Formasi Tempatan iaitu MK 5 Bgd yang berpangkalan di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Pada awal tahun 1988, designasi Rejimen Siri 500 ditukarkan dari (PSTD) kepada Askar Wataniah setelah mengambil kira gelaran asal Angkatan Sukarela yang diwujudkan sejak pengisytiharkan “ TA Ordinance” tahun 1958. Pada tahun itu, Rej 507 AW masih berada di bawah Pemerintahan 11 Div (PSTD). Pada tahun 1989, organisasi Rejimen Siri 500 dirombak semula dan pada 15 Jul 1989, Rejimen 507 AW telah diletakkan di bawah pemerintah formasi tempatan iaitu MK 5 Bgd yang berpangkalan di Kem Paradise, Kota Belut. Seterusnya penempatan Rej 507 AW diubahsuai dengan mengambil kira dasar afiliasi kepada pasukan-pasukan tetap Infantri.

 Komander

Komander Rejimen 507 AW :

1. Brig Jen Datuk Hj Abd Ghani bin Hj Abd Rashid.    
    1 Okt 1990 hingga 18 Jul 2008

2. Brig Jen Prof Datuk Seri Panglima Dr Hj Kamarulzaman bin Hj Ampon.    
    19 Jul 2008 hingga 18 Jan 2016

3. Brig Jen Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar.
    21 Mac 2019 hingga Sekarang

Timbalan Komander

Timbalan Komander Rejimen 507 AW :

1. Lt Kol Dustan Nyaring bin Angking.
    1981 hingga 1982

2. Lt Kol Kamarulzaman bin Hj Mohd Noor.
    1982 hingga 1983

3. Lt Kol Hamzah bin Othman.
    1984 hingga 1985

4. Lt Kol Johd Chin Khee Foog. 
    1985 hingga 1989

5. Lt Kol Mohamad Yusoff bin Hj Ahmad. 
    1989 hingga 1990

6. Lt Kol Mohamad Yunus bin Mohd@Ahmad Ali.
    1991 hingga 15 Ogos 1994

7. Mej Zainuddin bin Zakaria.
    16 Ogos 1994  hingga 31 Ogos 1994

8. Lt Kol Abdul Jalil bin Makmor.
    1 Sep 1994 hingga 30 Nov 1995

9. Mej Zubir bin Ayub.

    1 Dis 1995 hingga 7 Jan 1998

10. Lt Kol Zaini bin Husin.
      1 Okt 1995 hingga 7 Jan 1998

11. Lt Kol Md Thakrim bin Hj Arshad.
      8 Jan 1998 hingga 5 Ogos 2000

12. Mej Mohamad Sediqi bin Hj Abd Wahad. 
      6 Ogos 2000 hingg 18 Dis 2000

13. Lt Kol Johari bin Mat Shek.
      3 Sep 2000 hingga 4 Okt 2002

14. Lt Kol Ajhman bin Hj Bakur.
      5 Okt 2002 hingg 14 Jan 2003

15. Lt Kol Mohamad Sediqi bin Hj Abd Wahad.
      15 Jan 2003 hingga 6 Jan 2007

16. Lt Kol Mahadzir bin Jaafar.
      7 Jan 2007 hingga 1 Mei 2009

17. Lt Kol Jamaluddin bin Yaakob.
      1 Mac 2009 hingg 27 Jul 2010

18. Lt Kol Rosli bin Hj Bahrun.
      28 Jul 2010 hingga 9 Julai 2013

19. Lt Kol Rashidin Hashimi bin Ab Rashid.
      10 Julai 2013 hingga 12 Jan 2014

20. Lt Kol Mohd Adna’an bin Mahmud.
      13 Jan 2014 hingga 6 Apr 2016

21. Lt Kol Ithnin bin Hj Kawi.
      7 Apr 2016 hingga 14 Sep 2018

22. Lt Kol Farid Arifeen bin Muhamad Arip.
      15 Sep 2018 hingga 3 Jan 2021

23. Lt Kol Shahril bin Shaarani.
      4 Jan 2021 hingga 9 Mei 23

23. Lt Kol Adli Ifan bin Azmi.
      9 Mei 23 hingga Sekarang

Visi dan Misi

Visi

Menjadikan Rej 507 AW yang komited untuk merekrut, melatih dan mengekalkan anggota-anggota sukarela yang berkualiti serta berupaya untuk melaksanakan gerakan bagi membantu angkatan tetap apabila diperlukan.

Misi

Rejimen 507 Askar Wataniah akan mempertahankan Kawasan Tanggungjawab sebilang masa untuk membantu ketumbukan 5 Briged (Angkatan Tetap) mengekang dan menghindar sebarang bentuk ancaman dari dalam dan luar Negara.