KATA ALU-ALUAN PANGLIMA TENTERA DARAT

4 star2PTD Beret Hijau

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T dengan izinnya, Portal Askar Wataniah (AW) ini dapat dibangunkan untuk tatapan rakyat Malaysia. Portal AW ini bertujuan untuk memudahkan pembaca untuk mendapatkan informasi yang jelas dan sah berkaitan pasukan AW.

Saya percaya demi memenuhi perkembangan semasa, Bahagian Pasukan Simpanan akan terus melaksanakan pelbagai aktiviti terutamanya dalam aspek pembangunan AW sejajar dengan pelan pembangunan Tentera Darat (TD). Usaha ini nescaya akan melibatkan kerjasama daripada semua pihak demi memartabatkan hasrat memperkasakan objektif penubuhan pasukan AW yang mantap, kredibel dan berdaya saing serta boleh memenuhi konsep bantu ganti kepada Angkatan Tetap pada bila-bila masa apabila dikerah. Saya berharap agar portal ini menjadi sumber informasi dan inspirasi bagi seluruh warganegara Malaysia terutamanya para belia dan beliawanis untuk tampil dan menceburkan diri dalam pasukan AW khasnya dan Tentera Darat amnya.

Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala agar kita semua diberikan kekuatan hidayah dan beriltizam untuk sama-sama merealisasikan pembangunan pasukan AW sejajar dengan pembangunan TD agar ianya dapat menjadi lebih profesional serta kredibel pada masa akan datang. Sekian.

وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

GAGAH SETIA”