KATA ALU-ALUAN ASISTEN PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN

ap

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya jua, Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) dapat melangkah kehadapan sejajar dengan perkembangan TD. Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana diberi kekuatan serta kepercayaan untuk menjawat jawatan Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat berkuatkuasa pada 13 Sep 23. Saya akan sentiasa mendokong hasrat Panglima Tentera Darat (PTD) untuk menjadikan Pasukan Askar Wataniah terus mengekalkan tahap professional, berdaya saing serta sentiasa siap siaga untuk membantu ganti Angkatan Tetap.  

Fokus utama BPS adalah untuk meningkatkan aspek pembangunan latihan, sumber manusia dan infrastruktur dalam Pasukan AW Tentera Darat. Pembangunan portal ini memfokuskan kepada Peningkatan Sumber Manusia dan keaktifan serta Perhubungan Tentera Darat dengan Awam. Ini merupakan salah satu pendekatan untuk mempromosikan Pasukan AW agar lebih ramai belia, beliawanis dan anak watan bagi sama-sama mengembeling tenaga dan tanggungjawab ke arah merealisasikan objektif Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).

Justeru, harapan saya adalah agar Portal AW ini dapat memberi informasi yang berguna kepada semua pihak untuk memahami tugas dan peranan AW disamping menjadi media promosi. Maklumat portal ini akan dapat mendorong belia, beliawanis dan anak watan negara untuk menyertai Pasukan AW serta menjalankan kewajipan bagi menjaga kedaulatan negara.

SELAMAT DATANG KE PORTAL ASKAR WATANIAH