KUALA LUMPUR, 20 Januari 2022 : Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Tauliah Kehormat Askar Wataniah serta Pelancaran Pelan Strategik Hala Tuju Askar Wataniah telah disempurnakan oleh Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain Panglima Tentera Darat (PTD) di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Sungai Besi. Majlis juga turut dihadiri oleh semua ketua Bahagian, Cawangan dan Jabatan Arah (BCJ). Seramai 2 pegawai telah dipakaikan pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan 22 pegawai dipakaikan pangkat Tauliah Kehormat Askar Wataniah. PTD mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pegawai yang telah dipakaikan pangkat dan berharap para pegawai sentiasa menjaga imej Tentera Darat.

Presentation3      Presentation2

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Tauliah Kehormat Askar Wataniah diakhiri dengan Pelancaran Pelan Strategik Hala Tuju Askar Wataniah. Pelan Strategik Hala Tuju Askar Wataniah merupakan pelan yang menggariskan strategik, inisiatif dan pelan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun mulai Tahun 2022 sehingga Tahun 2030 bagi mencapai output dan keberhasilan yang telah ditetapkan. Pelan ini menumpukan kepada usaha terhadap penstrukturan dan pembangunan Askar Wataniah bagi meningkatkan pengurusan atur gerak, pentadbiran dan logistik pasukan Askar Wataniah seiring dengan Kertas Putih Pertahanan (KPP), Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke - 28 dan Pelan Strategik Tentera Darat (Army 4NextG). Pelan ini juga dirangka sebagai sebuah anjakan paradigma setelah 63 tahun penubuhan Askar Wataniah sebagai entiti sokongan Tentera Darat dalam memantapkan lagi hubungan kerjasama Tentera Darat dan awam melalui Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) negeri. Majlis pelancaran tersebut telah diakhiri dengan penyampaian Buku Pelan Strategik Hala Tuju Askar Wataniah 2022-2030 oleh PTD  kepada semua Pengarah Kor – kor Tentera Darat.

      keris ptdbuku