KUALA LUMPUR, 6 Januari 2022 : Seramai 18 orang pegawai Askar Wataniah (AW) yang telah dipertugaskan sepenuh masa, berjaya diserap masuk ke Angkatan Tetap, pada hari ini. Kesemua pegawai tersebut telah melafazkan sumpah di dalam Majlis Angkat Sumpah Penyerapan Pegawai Yang Dipertugaskan Sepenuh Masa Askar Wataniah ke Angkatan Tetap Tahun 2022, yang telah disempurnakan oleh Pengarah Rancang dan Pembangunan, Kolonel Haji Hashim bin Haji Osman bertempat di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia. Pegawai-pegawai AW tersebut telah diserap ke dalam sembilan buah Kor Tentera Darat Malaysia (TDM). Seramai 10 pegawai diserap ke dalam Rejimen Sempadan (RS) dan 3 pegawai diserap ke Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) (KPA Pendidikan). Sementara itu seorang pegawai, masing-masing diserap ke dalam Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Kor Perkhidmatan Am (Bahagian Gaji) (KPA Gaji), Kor Perkhidmatan Am (Perhubungan Raya) (KPA PR), Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). TDM mengucapkan selamat berkhidmat dan semoga terus maju jaya kepada semua pegawai yang telah diserap masuk ke Angkatan Tetap.

WhatsApp_Image_2022-01-07_at_10.28.43.jpgWhatsApp Image 2022 01 07 at 10.28.44

WhatsApp_Image_2022-01-07_at_10.28.44_1.jpgWhatsApp_Image_2022-01-07_at_10.28.45.jpg