Kuala Lumpur : Mesyuarat Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan telah diadakan pada 5 Januari 2022 bertempat di Wisma Perwira ATM yang dihadiri seramai 45 orang pegawai. Ahli-ahli mesyuarat yang hadir terdiri daripada Pegawai Memerintah Pasukan Pakar AW, Timbalan Komander Rejimen Siri 500 AW, Komandan PUSWATAN, wakil-wakil Jabatan arah dan staf Bahagian ini. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk menyampaikan berkaitan G, A dan Q. Sesi dialog juga turut diselit pada penghujung acara mesyuarat bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh pasukan dan tindakan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi melancarkan pentadbiran serta perkongsian buah fikiran dalam bersatu menggembleng tenaga bagi mencapai objektif Hala Tuju Askar Wataniah yang telah digariskan. Ketua Pengarah juga menekankan agar perancangan aktiviti Tahun 2022 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

WhatsApp_Image_2022-01-05_at_20.05.20.jpgWhatsApp Image 2022 01 06 at 09.26.03