Kuala Lumpur : Leftenan Sherrynata binti Jain, telah melafazkan sumpah di dalam Majlis Angkat Sumpah Penyerapan Pegawai Sukarela Askar Wataniah Yang Dipertugaskan Sepenuh Masa ke Angkatan Tetap Tahun 2022 pada 5 Januari 2022. Majlis tersebut yang disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, telah berlangsung di Pejabat Panglima Tentera Darat, Wisma Pertahanan. Leftenan Sherrynata binti Jain, yang kini bertugas sebagai Pegawai Perhubungan kepada Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, telah diserapkan ke dalam Kor Risik Diraja. Tahniah diucapkan kepada Leftenan Sherrynata binti Jain.

WhatsApp_Image_2022-01-06_at_08.57.06.jpgWhatsApp Image 2022 01 06 at 08.57.07