WhatsApp Image 2021 12 30 at 17.59.10WhatsApp Image 2021 12 30 at 17.59.11 1

Seremban - Pemangku Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Brig Jen Padman a/l K.P Bhaskaran telah menyempurnakan Lawatan Rasmi ke Rejimen 508 Askar Wataniah pada 22 Disember 2021 bertempat di Kem Jalan Rasah, Seremban.

Pemangku Asisten Panglima Pasukan Simpanan telah diberikan Taklimat G,A, dan Q oleh Lt Kol Mohamed Rosly bin  Darasid, Timbalan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah yang disambut dengan Welcoming Dance oleh anggota rejimen sebelum menyempurnakan gimik menanam pokok kelapa di hadapan Bilik Mesyuarat Pasukan. Lawatan Rasmi Pemangku Asisten Panglima juga  bersempena  Mesyuarat Lembaga Kecil Pemilihan Pegawai-pegawai TD (AW).

Dalam rangka lawatan kerja turut diselitkan Sesi Dialog Pemangku AP PS Bersama Pegawai dan Anggota Rejimen selaras Tonggak Kelima – Peningkatan Hubungan TDM Dengan Awam sejajar melibatkan Pengiktirafan dan Keyakinan Rakyat terhadap TDM. Sesi dialog dan pertemuan adalah pendekatan paling sesuai digunakan sebagai kaedah penyampaian maklumat dua hala. Sesi dialog melibatkan 24 pegawai dan 150 LLP termasuk anggota sukarela yang turut hadir ke majlis tersebut.

WhatsApp Image 2021 12 30 at 17.59.12