Kepala Batas, Kedah: Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia Brig Jen Mohd Akib bin Hj Yusof melakukan Lawatan Ulung Ke Rejimen 513 Askar Wataniah pada pada 8 Dis 2021. Ketibaan Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia telah disambut oleh Pemangku Timbalan Komander Mej Sobri bin Hashim. Seterunya YBhg Panglima diberi penghormatan  untuk memeriksa Kawalan Kuater Rej 513 AW melibatkan 9 anggota Lain-lain Pangkat (LLP). Acara lawatan diteruskan dengan penyampaian Taklimat perkara Pentadbiran, Latihan dan Logistik oleh Timbalan Komander. Lawatan diteruskan dengan melihat aset-aset pensejataan yang dimiliki oleh Rejimen ini. Sesi berdialog bersama anggota juga turut dilaksanakan bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat antara anggota dan YBhg Panglima. Acara sebegini akan terus dilakasakan sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD ke – 28 iaitu Keutuhan Organisasi yang memberikan penekanan kepada kesepaduan dan kebersamaan.

Slide7Slide8Slide9

Action Plan Enhance English Language Proficiency For All Personnel Under The 6 Brigade. Panglima Briged Keenam Infantri berkehendakan semua peringkat Pegawai mahupun Lain-lain Pangkat meningkatkan kemahiran penguasaaan Bahasa Inggeris dan hasrat tersebut telah disampaikan semasa lawatan beliau ke Rejimen 513 AW. Beliau memaklumkan bahawa Bahasa Inggeris merupakan lingua franca. Justeru, adalah penting bagi semua peringkat anggota mampu berkomunisasi menggunakan bahasa Inggeris khasnya bagi anggota yang terlibat dalam pelbagai latihan, operasi pengaman dan bantuan kemanusiaan. Justeru, Program English Communication Class telah diadakan di Batalion ke - 3 Kem Bukit Pinang pada 8 Dis 2021 bagi merialisasikan hasrat panglima. Seramai 19 anggota LLP telah menyertai program tersebut.

Slide10Slide6
Program English Communication Class&Introduce Yourself

Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia Brig Jen Mohd Akib bin Hj Yusof, menyaksikan Serah terima Tugas Timbalan Komander Rejimen 513 Askar Wataniah yang diadakan di Wisma Perwira Rej pada 8 Dis 2021. Acara dimulakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas Timbalan Komander antara Lt Kol Wan Muhammad Kamal bin Wan Yussof yang akan meneruskan perkhidmatanya sebagai juruiring kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang dan menyerahkan tugas kepada Mej Sobri bin Hashim. Mengimbas keperibadian Lt Kol Muhammad Kamal bin Wan Yussoff beliau dilahirkan pada 19 Nov 1970 di Alor Setar Kedah dan menjalani Latihan sebagai Pegawai Kadet Maktab Tentera Diraja (MTD) pada 18 Ogos 1989 serta ditauliahkan sebagai Lt M pada 4 Ogos 1990. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg Lt Kol Wan Muhammad Kamal bin Wan Yusoff di atas segala sumbangan selama menerajui Rejimen 513 Askar Wataniah mulai 28 Mei 2020 hingga 18 Nov 21.Rejimen 513 Askar  Wataniah.

 Slide13Slide14
Serah Terima Tugas Timbalan Komander Rejimen 513 Askar Wataniah