Kuala Lumpur: Pasukan 51 KOD (AW) telah melaksanakan Latihan Kem Tahunan Siri 1/2021. Latihan ini adalah latihan kolektif kemuncak kepada latihan tempatan dan latihan berterusan sepanjang tahun 2021. LKT Siri 1 dilaksanakan selama 7 hari bermula 22 hingga 28 Okt 2021 bertempat di 1RRD, Kem Wardieburn. Konsep latihan ialah Fasa Kem dan Fasa Medan. Antara latihan yang dilaksanakan adalah Titik Kawalan Lalulintas (TKLL), Kawad Menyuraikan Rusuhan (POPO) dan Operation In Built Up Area (OBUA). Latihan ini merupakan latihan yang baru diperkenalkan kepada pegawai dan anggota Sukarela AW (KOD). Objektif latihan adalah untuk menguji ketahanan mental dan fizikal setiap anggota Sukarela AW disamping meningkatkan ilmu pengetahuan serta menambah pengalaman yang baru.

 Slide8Slide10
Titik Kawalan Lalulintas

Slide12Slide15
Operation In Built Up Area (OBUA)

Slide16Slide18
Kawad Menyuraikan Rusuhan (POPO)

Latihan Kem Tahunan Siri 2/2021. Latihan melibatkan 3 x pegawai dan 26 x anggota LLP Sukarela AW.  LKT Siri 2 dilaksanakan selama 8 hari bermula 6 hingga 13 Nov 2021 bertempat di 1 RRD, Kem Wardieburn dan SBTD Sungai Buloh dan 51 KOD (AW). Konsep latihan ialah Fasa Kem. Antara latihan yang dilaksanakan adalah Merentas Halangan, Latihan Abseiling, Latihan Kebakaran dan Latihan Ujian Jalan Laju 5 km (UJL). Objektif latihan adalah untuk membentuk dan memupuk semangat kerjasama dalam satu pasukan dan mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang tinggi serta keyakinan yang tinggi.

Slide19Slide20Slide22
Merentas Halangan

Slide23Slide25
Latihan Abseiling

Slide27Slide28Slide29
Ujian Jalan Laju 5 km (UJL)

Slide31Slide33
  Latihan Kebakaran