IPOH – Rejimen 503 Askar Wataniah (AW) telah berjaya melaksanakan Latihan Kem Tahunan (LKT) bagi Tahun 2021 bermula dari 25 Oktober hingga 8 November 2021 di lokasi batalion masing-masing (Ipoh, Tapah dan Teluk Intan).

LKT PARADE

Seramai 309 pegawai dan anggota lain-lain pangkat Sukarela AW Rejimen 503 AW telah menyertai LKT bagi Tahun 2021. LKT 2021 Rejimen 503 AW adalah LKT pertama yang telah dilaksanakan mengikut penempatan Batalion-batalion di bawah Rejimen 503 AW iaitu gabungan Batalion Pertama dan Ketiga di Tapah manakala Batalion Kedua di Grik. Antara latihan-latihan yang telah dilaksanakan adalah Latihan Peperangan di Kawasan Terbuka (OBUA) yang turut dibantu oleh Pasukan 4 RAMD, Latihan Medan iaitu Peperangan Menentang Insurgensi (CIW) serta pertandingan menembak.

LKT OBUALKT CIW 3LKT CIW 2

Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain seperti sukan riadah dan acara derma darah.

LKT Bola Tampar    LKT DERMA DARAH

Kol Syed Nasir bin Sayed Mahadi, Komander Rejimen 503 Askar Wataniah telah menyempurnakan Majlis Penutup LKT 2021 Rejimen 503 Askar Wataniah bertempat di Lapang Sasar Kem Syed Putra, Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD), Ipoh, Perak. Majlis telah dihadiri oleh Ahli JAKPAW Negeri Perak dan jemputan-jemputan daripada Majlis Bandaraya Ipoh, Hospital KPJ Ipoh serta Pejabat Pendidikan Daerah Taiping. Jemputan orang awam dalam Pertandingan Menembak Sempena Penutup Latihan Kem Tahunan 2021 ini adalah sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke–28, iaitu ‘Peningkatan Hubungan Tentera Dengan Awam’.

LKT TABIK

Seluruh Warga Rejimen 503 AW mengucapkan tahniah kepada semua pegawai dan anggota lain-lain pangkat Tetap dan Sukarela AW Rejimen 503 AW yang telah menjayakan Latihan Kem Tahunan 2021 Rejimen 503 Askar Wataniah.

Oleh: Rejimen 503 Askar Wataniah