GEORGE TOWN – Y.T.M. Tunku Temenggong Kedah Brigadier Jeneral Dato’ Sri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini menghadiri Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 32/2021. Tunku Temenggong Kedah menghadiri SKAW di Kem Rejimen 509 Askar Wataniah dekat Lebuhraya Peel, George Town petang tadi. SKAW merupakan satu mesyuarat tertinggi Askar Wataniah yang dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad Ab Rahman dengan kekerapan sekali setahun. 

Antara fokus utama SKAW adalah membincangkan tentang hala tuju, permasalahan serta pelbagai perkara berkaitan latihan, pentadbiran dan losgistik. Keberangkatan ke negeri ini berikutan Tunku Temenggong Kedah juga merupakan Komander Rejimen 509 Askar Wataniah (AW) Pulau Pinang.

509 AW SKAW   509 AW SKAW 2