MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN SUKARELA DAN TAULIAH KEHORMAT ASKAR WATANIAH 3 min     MAJLIS SERTA PELANCARAN PORTAL ASKAR WATANIAH 3 min
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN SUKARELA DAN TAULIAH KEHORMAT ASKAR WATANIAH 2 min min 1 1

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2021 – Seramai 17 orang Pegawai Kanan Sukarela Askar Wataniah  telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Tauliah Kehormat Askar Wataniah pada 15 Oktober 2021 bertempat di Penthouse Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.

Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Tauliah Kehormat Askar Wataniah adalah seperti berikut:

1) Yang Berbahagia Profesor Doktor Mohd Roslan Bin Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Yang Berbahagia Profesor Doktor Mohd Roslan Bin Sulaiman, dianugerahkan tauliah Kolonel Kehormat berkuatkuasa pada 21 Januari 2021 dan dilantik sebagai Komandan Palapes Universiti Putra Malaysia.

2) Yang Berbahagia Profesor Datuk Teknologist Doktor Ahmad Fauzi Bin Ismail dianugerahkan tauliah Kolonel Kehormat berkuatkuasa pada 25 Mei 2021 dan dilantik sebagai Komandan Palapes Universiti Teknologi Malaysia.

3) Yang Berbahagia Encik Shazril Imri Bin Mokhtar dianugerahkan tauliah Kolonel Kehormat berkuatkuasa pada 25 Mei 2021 dan dilantik sebagai Komander 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom Askar Wataniah.

4) Mejar Muhammad Nasran Bin Mohamad dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel berkuatkuasa pada 23 Mac 2021 dan menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah Batalion 3, Rejimen 515 Askar Wataniah.

5) Mejar Muhammad Fadzil Bin Repin @ Rebin Dinaikan Pangkat Ke Leftenan Kolonel Berkuatkuasa Pada 25 Febuari 2021 Dan Menjawat Jawatan Sebagai, Timbalan Komandan Palapes Universiti Putra Malaysia.

6) Mejar Mohamad Ezanee Bin Yazid Dinaikan Pangkat Ke Leftenan Kolonel Berkuatkuasa Pada 23 Mac 2021 Dan Menjawat Jawatan Sebagai, Timbalan Komandan Palapes Universiti Utara Malaysia.

7) Yang Berbahagia Encik Mohd Nor Shokri Bin Haji Abd Rahman Dianugerahkan Tauliah Leftenan Kolonel Kehormat Berkuatkuasa Pada 25 Mei 2021 Dan Dilantik Sebagai Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Dan Kokurikulum Universiti Malaysia Terengganu.

8) Yang Berbahagia Dato’ Nur Azmi Bin Ahmad Dianugerahkan Tauliah Mejar Kehormat Dianugerahkan Tauliah Mejar Kehormat Berkuatkuasa Pada 25 Febuari 2021 Dan Dilantik Sebagai Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Negeri Melaka.

9) Yang Berbahagia Dato’ Insenior Doktor Ahmad Anuar Bin Othman Dianugerahkan Tauliah Mejar Kehormat Berkuatkuasa Pada 5 Ogos 2021 Dan Dilantik Sebagai Ahli Turut Hadir Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

10) Yang Berbahagia Encik Salim Bin Ab Ghani Dianugerahkan Tauliah Mejar Kehormat Berkuatkuasa Pada 25 Mei 2021 Dan Dilantik Sebagai Ahli Turut Hadir Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Negeri Terengganu.

11) Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Syafiq Bin Haji Abdullah Dianugerahkan Tauliah Mejar Kehormat Berkuatkuasa Pada 5 Ogos 2021 Dan Dilantik Sebagai Ahli Turut Hadir Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

12) Yang Berbahagia Datuk Wira Tai Chee Ming Dianugerahkan Tauliah Mejar Kehormat Berkuatkuasa Pada 25 Febuari 2021 Dan Dilantik Sebagai Ahli Turut Hadir Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Negeri Melaka.

MAJLIS SERTA PELANCARAN PORTAL ASKAR WATANIAH 1 minMAJLIS SERTA PELANCARAN PORTAL ASKAR WATANIAH 2 min

Tan Sri PTD dalam ucapannya mengucapkan tahniah serta berkehendakkan agar setiap Pegawai Kanan menjaga keterampilan diri kerana ia secara tidak langsung merupakan cerminan kepada imej TDM. Pada masa yang sama, Majlis Pelancaran Portal Askar Wataniah turut dilaksanakan selepas acara pemakaian pangkat. Hadir sama menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Ketua Staf Tentera Darat, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan dan Ketua Pegawai Semboyan.