Kuala Lumpur- Bahagian Pasukan Simpanan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Anjung Watan, BPS pada 20 Mac 2025. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran staf BPS dan ahli keluarga serta tetamu jemputan. Tetamu jemputan yang turut hadir iaitu Pengerusi Yayasan Muhibbah, Kol (K) Tan Sri Dato Seri Paduka Prof Dr Fng Ah Seng, Mej Jen DatoβAriff Soo bin Abdullah (Bersara), dan Lt Kol Mohamad bin Yusoff, Timbalan Komander Rej 515 Askar Wataniah.
Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab telah merasmikan majlis berbuka puasa dengan menzahirkan rasa syukur dan gembira dapat bersama-sama meraikan bulan Ramadhan yang mulia ini disamping dapat merapatkan lagi silaturahim diantara kita. Pengerusi Yayasan Muhibbah, Kol (K) Tan Sri Dato Seri Paduka Prof Dr Fng Ah Seng turut menyampaikan kata-kata aluan dan menyerahkan Gerobok Rezeki kepada penerima dalam kalangan Warga BPS. Majlis turut disertakan dengan penyampain cenderahati kepada peserta taddarus yang telah berjaya khatam Al-Quran sepanjang bulan ramadhan ini.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cendera kenangan daripada Warga BPS kepada APPS turut disertakan penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan. Majlis diakhiri dengan penyampaian duit raya kepada anak-anak.