Melaka: Mesyuarat Asisten Panglima Pasukan Simpanan telah dilaksanakan pada 21 hingga 23 Feb 25 bertempat Dewan Hang Jebat, A'famosa Resort, Melaka. Mesyuarat Asisten Panglima Pasukan Simpanan merupakan mesyuarat tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian ini dan dihadiri oleh semua Timbalan Komander Rejimen Siri 500 Askar Wataniah (AW), Komandan PUSWATAN, wakil Jabatanarah, Formasi dan BCJ. Pelaksanaan mesyuarat ini bertujuan membincangkan perkara – perkara merangkumi semua aspek di bawah kawalan teknikal Bahagian Pasukan Simpanan bagi Rejimen Siri 500 AW, pasukan pakar AW dan unit kor AW.
Mesyuarat ini dilaksanakan berkonsepkan perbincangan dan pertukaran idea di kalangan ahli mesyuarat yang hadir. Resolusi dan keputusan yang diperolehi akan digunapakai bagi penambahbaikan pengurusan AW pada masa akan datang tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa sedia ada dalam TD.
Setelah mesyuarat ditangguhkan, majlis turut disertakan dengan upacara tadbir sumpah dan diikuti dengan upacara pertukaran beret Rejimen Askar Wataniah ke kor-kor Tentera Darat, sebagai simbolik kepada peningkatan tahap komitmen dan kesediaan dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab di bawah naungan kor-kor tersebut. upacara tersebut disempurnakan oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab.