Kuala Lumpur: Majlis Tadbir Sumpah penyerapan pegawai Sukarela yang dipertugaskan sepenuh masa ke dalam angkatan tetap telah diadakan pada 10 Januari 2026 bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur. Acara telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafiezuddin bin Jantan.

Upacara tadbir sumpah pegawai Sukarela yang dipertugaskan sepenuh masa untuk diserap ke dalam angkatan tetap telah berjalan dengan sempurna semasa majlis tersebut yang disempurnakan oleh Lt KolAdi Mustapha bin Arifin, Pegawai Staf 1, Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota setelah mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera Ke - 621 dan ke-623 yang telah bersidang pada 29 Ogos 2024 dan 26 November 2024 yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Seramai 44 orang Pegawai Sukarela Pertugasan Sepenuh Masa telah diserap ke Angkatan Tetap. Turut hadir menyaksikan Majlis Tadbir Sumpah ini adalah Datuk Abdul Rahman bin A Wahab, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Dato' Norsham bin Md Tap, Asisten ketua Staf Sumber Manusia dan semua Ketua BCJ.

Majlis Penyerapan Askar Wataniah Tentera Darat ke Angkatan Tetap adalah satu penghargaan yang besar kepada anggota yang telah menunjukkan dedikasi dan kesungguhan dalam perkhidmatan mereka. Ini juga mencerminkan usaha berterusan Tentera Darat Malaysia untuk memastikan kesiapsiagaan dan keupayaan pertahanan negara berada pada tahap terbaik. Penyerapan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada tentera, tetapi juga kepada memantapkan lagi keselamatan dan kedaulatan negara.

Penyerapan pegawai Sukarela yang dipertugaskan sepenuh masa ke Angkatan Tetap ini wajar dipertimbangkan kerana Tentera Darat akan mendapat pulangan sewajarnya dari segi perbelanjaan yang telah dikeluarkan bagi melatih mereka sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan dipertugaskan sepenuh masa.

Majlis penyerapan ini dapat dilihat sebagai return of investment kepada Tentera Darat dan juga sebagai satu langkah strategik untuk memastikan Tentera Darat Malaysia terus berkembang dalam menghadapi cabaran moden yang semakin mencabar. Tentera Darat Malaysia percaya bahawa dengan kehadiran anggota yang berpengalaman dan terlatih, ia akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi ketenteraan negara.

Seluruh warga Tentera Darat Malaysia turut mengucapkan sekalung tahniah kepada semua Pegawai Sukrela Pertugasan Sepenuh Masa yang telah terlibat dalam Majlis Tadbir sumpah ini.

ICT 4992ICT 4990ICT 4963ICT 4958ICT 4948ICT 4925ICT 4799ICT 4426ICT 4419ICT 4392ICT 4389