Kuala Lumpur- Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (BK, JPPKK) telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Malaysian Polytechnics Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Bahagian Pasukan Simpanan BPS. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Lt. Kol. Mohd Zahirin bin Zainol Abidin, Pegawai Staf 1 Latih BPS mewakili Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan pada 3 Januari 2025.
Objektif utama mesyuarat ini bertujuan menyelaras koordinasi awal konsep pelaksanaan, komposisi penyertaan dan penganjuran MALPTAAC Siri 16/2025 yang telah digazetkan dalam Takwim Latihan Askar Wataniah Malaysia Tahun 2025. Selain itu, mesyuarat ini juga membincangkan usaha berterusan antara JPPKK dan BPS dalam melahirkan graduan terlatih dan kompeten serta mempunyai semangat jati diri yang tinggi melalui penglibatan dalam pasukan Askar Wataniah di politeknik.
Seramai 3 orang pegawai daripada BK, JPPKK iaitu Dr. Zanatul Shima binti Aminuddin, Timbalan Pengarah Seksyen Sains Sosial & Perkhidmatan; Cik Masniza binti Mansor, KPP Unit Pengajian Umum dan En. Faizuddin bin Hassan, PPK Unit Pengajian Umum telah menghadiri mesyuarat ini. Mesyuarat juga dihadiri oleh wakil Sekretariat Askar Wataniah PolyCC Malaysia (SAWP); Lt Kol Norizam bin Sekak, Penaung SAWP; Lt Kol Khairuddin bin Ishak, Pengerusi SAWP; Mej Md Nasir bin Md Safar, Timb Pengerusi dan Mej Mohd Khairuddin bin Abd Karim selaku Setiausaha Induk.
Semoga perancangan aktiviti ini berjaya dilaksanakan mengikut hasrat kedua-dua Jabatan dan mencapai objektifnya.