Kuala Lumpur - Upacara pemakaian pangkat Pegawai Kanan Tauliah Kehormat Askar Wataniah yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab Rahman telah berlangsung di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur pada 26 Nov 24.

Majlis dimulakan dengan pemakaian Pangkat Tauliah Kehormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Datuk Lokman Hakim bin Ali yang telah dianugerahkan pangkat Mejar Jeneral Kehormat dan dilantik sebagai Pengerusi Sidang Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pendukung (SPJP) Angkatan Sukarela Se-Malaysia. Pelantikan ini telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan syor Majlis Angkatan Tentera Ke-622.

Majlis diteruskan dengan pemakaian Pangkat Tauliah Kehormat kepada Menteri Besar Terengganu, YAB Datoโ€™ Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar yang telah dianugerahkan pangkat Brigedier Jeneral Kehormat dan dilantik sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Terengganu. Pelantikan ini telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan syor Majlis Angkatan Tentera Ke-580.

Pengarah Urusan Epic Valley Holdings Sdn. Bhd., YBhg Tan Sri Datoโ€™ Seri Datoโ€™ Paduka Prof Dr Fng Ah Seng merangkap Pengerusi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng turut dianugerahkan pangkat Brigedier Jeneral Kehormat sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Pulau Pinang. Pelantikan ini telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan syor Majlis Angkatan Tentera Ke-622.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datoโ€™ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datoโ€™ Zaidan bin Atan serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.

 

ICT 2904

ICT 2940

ICT 2943ICT 2946

ICT 2952

ICT 2956

ICT 2959