𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐑𝐞𝐣𝐢𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐥 (𝐌𝐌𝐑) 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐀𝐬𝐤𝐚𝐫 𝐖𝐚𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐊𝐞-𝟔𝟔
𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 : Komander-Komander Askar Wataniah (AW) iaitu Komander Rejimen 504 (AW), DYTM Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil; Komander Rejimen 513 (AW), DYTM Brigedier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan DYTM Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff; Komander Rejimen 508 (AW), YTM Brigedier Jeneral Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhrizi; Komander Rejimen 509 (AW), YTM Brigedier Jeneral Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah; Komander Rejimen 512 (AW), YAM Brigedier Jeneral Dato' Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Toh Puan Seri Hajah Zuriana binti Ismail telah menghadiri Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Sempena Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke-66 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 6 November yang lalu.
Majlis MMR yang dilaksanakan dengan penuh tradisi ketenteraan ini merupakan majlis penutup kepada keseluruhan program sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke-66.
Majlis MMR juga merupakan platform bagi memupuk semangat kebersamaan yang menjadi elemen penting dalam pembentukan sesebuah angkatan pertahanan yang teguh dan bersatu. Hanya dengan kesatuan yang jitu, peranan ATM sebagai benteng utama pertahanan negara dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan kredibel.
Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim dan Datin Haslinda binti Mohd Ali.
 
465844589 521750284162198 3104957041337996134 n
465860705 521749724162254 871035365656091715 n
465859309 521750367495523 6803546653767415481 n
466352482 521750310828862 6894213652017318704 n
465855794 521750607495499 8841618224490532025 n
466097614 521750847495475 2777687673517444279 n