𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 : Bahagian Pasukan Simpanan telah berjaya menganjurkan Simposium Memperkasakan Askar Wataniah Menuju Angkatan Masa Hadapan Domain Daratan pada 9 dan 10 Okt 2024 bertempat di Wisma Transit Kuala Lumpur.
Pelaksanaan simposium ini bertujuan untuk membincangkan dengan lebih terperinci pelbagai cadangan penambahbaikan dan penstrukturan dalam aspek pemerintahan, latihan, pengurusan sumber manusia dan logistik.
Simposium ini turut memberi perhatian khusus kepada usaha menyelaraskan pembangunan yang berlandaskan kepada prinsip berdaya tahan dan sesuai dengan keperluan (affordable dan fit for purpose), dalam memastikan Askar Wataniah dapat bergerak seiring dengan transformasi dan modernisasi yang berlaku dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Simposium yang berlangsung selama dua hari ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) dan disertai oleh Pengarah-Pengarah Kor, Panglima-Panglima Briged serta Pengawai kanan Jabatan Arah pelbagai Kor, Formasi Briged, Pasukan Siri 500 AW, serta wakil dari formasi-formasi atasan Tentera Darat Malaysia.
 462509243 500109649659595 708981956105737742 n
462584925 500109812992912 7231786456838790834 n
462540410 500109652992928 7588297733350362897 n
462628959 500109716326255 7540473428400414004 n
462704980 500109732992920 8962501227536043453 n