π£π¨π§π₯ππππ¬π : Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan detik bersejarah buat negara Malaysia. Pada tarikh inilah, laungan βMerdeka!β bergema di Stadium Merdeka, menandakan berakhirnya era penjajahan dan bermulanya satu era baharu iaitu era kemerdekaan dan kedaulatan. Kini, setelah 67 tahun merdeka, sambutan hari bersejarah ini terus menjadi simbol perpaduan, kebanggaan dan harapan seluruh rakyat Malaysia. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah telah bercemar duli menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Dataran Putrajaya hari ini.
Ketibaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong disambut dengan penuh hormat oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim. Baginda kemudiannya memberikan tabik hormat kepada Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada 4 pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP), diketuai oleh Mejar Muhammad Fikri bin Senan. Upacara tersebut turut diiringi oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (PP RAMD).
Kontinjen Angkatan Simpanan Tentera Malaysia (ATM) ini diketuai oleh Timbalan Komandan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Lt Kol Prof Ts Dr. Muhd Zu Azhan bin Yahya. Turut terlibat, Timbalan Ketua Kontinjen adalah Lt Kdr Ahmad Saufi Abdul Rahman (PSSTLDM) dari KD Sri Klang, manakala Sabaltan untuk kontinjen ini adalah Lt Shibrah Makhtumah Amalina binti Samad (PSSTUDM) dari PALAPES UPNM dan PW I Shahwalludin bin Ghazali dari Rejimen 501 Askar Wataniah.
Kekuatan kontinjen adalah seramai 211 anggota, terdiri daripada 3 pegawai dan 208 pegawai kadet. Kontinjen ini merangkumi Pegawai Kadet PALAPES UPNM dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dan menjadi sebahagian daripada perarakan besar-besaran sempena Hari Kebangsaan yang akan telah berlangsung di Dataran Putrajaya pada pada hari ini.