Lawatan kerja Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab ke Rejimen 501 Askar Wataniah julung kalinya telah dilaksanakan pada 20 Mei 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat, Rej 501 AW.
 
Ketibaan APPS telah disambut oleh Komander Rej 501 AW, Kol Norazan bin Omar dan Timbalan Komander, Lt Kol Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob. Lawatan kerja ini merupakan salah satu peluang bagi Pasukan untuk memberikan taklimat mengenai beberapa perkara iaitu Perkara A, G, Q dan Kewangan.
 
Perkara A merupakan Sejarah Pasukan, Penempatan Lokasi Batalion , Perjawatan pegangan Anggota Sukarela, Keaktifan Anggota Sukarela, Promosi dan pengambilan Sukarela dan JKPAW bagi Negeri Johor.
 
Perkara G pula merupakan taklimat mengenai Latihan Tempatan, Latihan Berterusan, Latihan Kem Tahunan, Kursus yang dianjurkan dalam dan luar pasukan dan Eksesais bersama Angkatan Tetap.
 
perkara Q pula bekenaan Prasarana dan Kemudahan serta Aset Penting yang berada di Batalion. Seterusnya berkenaan kewangan yang melibatkan elaun bagi setiap latihan. Lawatan Kerja APPS diakhiri dengan Jamuan Makan Malam yang telah dianjurkan oleh Pasukan.
444152063 405722835764944 2458681443813217691 n445563693 405722862431608 3867986262044209544 n445648440 405722852431609 3688854190994849339 n445634866 405722932431601 8480942333935749439 n445680699 405723049098256 1912545438445842111 n445692657 405722999098261 3867660942938370949 n444125012 405722989098262 7207633697338927745 n436340214 405723099098251 873866292847195764 n445601840 405723102431584 2956598169068434039 n436269220 405723142431580 2278691694358642461 n444784939 405723189098242 8163814240358509101 n445586778 405723239098237 3234168902709441385 n445588990 405723299098231 7179772195980504769 n445620278 405722885764939 4187649291680209230 n445694036 405723279098233 771463142316844045 n445687128 405723359098225 8101575740567253565 n444785076 405723329098228 5143558490580364492 n445654950 405723419098219 4353317024315200946 n