Sarawak: Seramai 35 anggota LLP Sukarela Askar Wataniah (Zon Sarawak) telah menghadiri Lembaga Pemilihan Pertugasan Sepenuh Masa Askar Wataniah yang dilaksanakan bermula 17 hingga 19 Mei 2024 bertempat di Bn 3 Kem Sematan, Rejimen 511 Askar Wataniah.
Lembaga Pertugasan Sepenuh Masa bertujuan untuk menilai dan memilih anggota sukarela yang layak disokong dan dapat berkhidmat di dalam Askar Wataniah sepenuh masa. Anggota yang dicalonkan ini perlu menjalani beberapa peringkat penilaian bermula dengan Ujian Kecergasan Asas (UKA), Ujian Kelayakan Kemahiran Individu (UKKI) dan Ujian Bertulis. Seramai 18 Anggota LLP Sukarela AW telah lulus dengan jayanya di dalam ujian.
Lembaga ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Brig Jen Shamshor bin Hj Jaafar, Pegawai Staf 1 Tadbir BPS, Lt Kol Mohd Safaruddin bin Abd Aziz@Mohd Arif, Peg Staf 2 Anggota (LLP) BPS, Mej Zulkarnaien bin Muda, Peg Mem Bn 3 Rej 511 AW, Lt Kol Rosdi bin Mohd Nor dan Sarjan Mejar Rej 511 AW, PW II Shamsul bin Ahim.