Kuala Lumpur: Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Pasukan Simpanan telah diadakan pada 25 April 2024 bertempat di Dewan Watan, BPS. Majlis ini dilaksanakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pucuk pimpinan dan staf- staf BPS. Disamping itu, ia juga diadakan sebagai tanda kemenangan umat islam setelah dapat mengerjakan ibadat puasa dalam bulan ramadhan dengan sempurna.

Majlis juga diceriakan lagi dengan kehadiran Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato' Tengku Muhammad Fauzi Bin Tengku Ibrahim dengan disambut oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab bersama pegawai-pegawai kanan dan staf BPS. Turut hadir Pengerusi Yayasan Muhibbah Tan Sri Fng,  Kol (K) Tan Sri Dato Seri Paduka Prof Dr Fng Ah Seng dan  Ketua- ketua Sel MK TD 2 dan Pengarah BCJ. Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan dan keceriaan dengan dihiburkan oleh Kombo D’Aswa.

WhatsApp Image 2024 04 25 at 2.08.40 PMWhatsApp Image 2024 04 25 at 2.08.42 PMWhatsApp Image 2024 04 25 at 2.08.41 PMWhatsApp Image 2024 04 25 at 2.08.41 PM 1WhatsApp Image 2024 04 25 at 2.08.41 PM 2WhatsApp Image 2024 04 25 at 2.08.42 PM 2WhatsApp Image 2024 04 25 at 2.08.43 PMWhatsApp Image 2024 04 25 at 2.08.43 PM 1WhatsApp Image 2024 04 25 at 2.08.43 PM 2WhatsApp Image 2024 04 25 at 2.08.44 PMWhatsApp Image 2024 04 25 at 2.08.45 PMWhatsApp Image 2024 04 25 at 2.08.45 PM 1WhatsApp Image 2024 04 25 at 2.08.45 PM 2WhatsApp Image 2024 04 25 at 2.08.45 PM 3