Kuala Terengganu - Seramai 3 Peg dan 36 Anggota LLP serta 14 staf awam telah terlibat dalam latihan bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu pada 22 Apr 24 bertempat di Padang Kawad Kem Padang Midin. Tujuan latihan kebakaran ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga Rej 512 AW berkenaan tindakan awal serta cara-cara memadamkan kebakaran. Selain itu, warga Rej 512 AW juga turut diberi peluang untuk melaksanakan demostrasi cara asas memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api. Program di akhiri dengan sesi soal jawab dan perkongsian ilmu pengetahuan berkenaan punca-punca kebakaran juga turut dikongsikan oleh pihak Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu.