Kuala Lumpur - Majlis Gerobok Rezeki daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)  telah dilaksanakan pada 19 April 2024 bertempat di Dewan Makan Rej 515 AW. Majlis telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ (MAIWP), Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi (MAIWP), Tuan Mohammed Hassan, Ketua Unit Pendidikan Bahagian Agihan Zakat (MAIWP), Mejar (K) Muhamad Safwan bin Saidin dan Ketua Unit Pengurusan Wakalah Bahagian Agihan Zakat  (MAIWP), Al-Fadil Ustaz Umar Mukhtar bin Mohd Noor.

Dalam program tersebut, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman telah menyampaikan sumbangan berbentuk bantuan makanan kepada Anggota AW yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Program ini diharap dapat memberikan manfaat kepada 472 Orang penerima yang semuanya dari kalangan anggota AW yang memerlukannya dengan harapan dapat meringankan beban anggota-anggota AW.

Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ (MAIWP), Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman,  atas keprihatinan dengan menyumbang kepada pemeliharan aspek kebajikan anggota AW selain menjadi satu daya tarikan agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat menyertai ketumbukan ini.

WhatsApp Image 2024 04 19 at 4.58.09 PMWhatsApp Image 2024 04 19 at 4.58.10 PMWhatsApp Image 2024 04 19 at 4.58.10 PM 1WhatsApp Image 2024 04 19 at 4.58.11 PM 2WhatsApp Image 2024 04 19 at 4.58.10 PM 2WhatsApp Image 2024 04 19 at 4.58.11 PMWhatsApp Image 2024 04 19 at 4.58.11 PM 1WhatsApp Image 2024 04 19 at 4.58.12 PMWhatsApp Image 2024 04 19 at 4.58.12 PM 1WhatsApp Image 2024 04 19 at 4.58.12 PM 2WhatsApp Image 2024 04 19 at 4.58.13 PMWhatsApp Image 2024 04 19 at 4.58.13 PM 1WhatsApp Image 2024 04 19 at 4.58.14 PMWhatsApp Image 2024 04 19 at 4.58.14 PM 2WhatsApp Image 2024 04 19 at 4.58.14 PM 1WhatsApp Image 2024 04 19 at 4.59.30 PM