Kuala Terengganu - Duli Yang Teramat Mulia Leftenan Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan mencemar duli untuk hadir ke Majlis Iftar Rej 512 AW pada 4 Apr 24 bertempat di Kem Padang Midin melibatkan seluruh warga Rej 512 AW, ahli BAKAT Rej 512 AW, staf Awam Rej 512 AW serta veteren-veteren Rej 512 AW. Turut memeriahkan majlis, YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brig Jen Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al- Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rej 512 AW dan Cik Puan Zuriana binti Ismail, YM Tengku Dato' Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH merangkap ahli JAKPAW Negeri Terengganu, Brig Jen Muzamil bin Hj Alias, Panglima 8 Bgd bersama isteri, Puan Noor Azizah binti Ab Aziz, Pengerusi BAKAT 8 Bgd, serta Mej Jen (B) Dato' Hj Mohamad Zaki bin Hj Hamzah, YDP PVATM Negeri Terengganu.

Majlis ini bermula dengan keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu diikuti dengan acara bergambar dan seterusnya bacaan Tahlil ringkas yang dipimpin oleh Guru Agama pasukan. Majlis diteruskan lagi dengan berbuka juadah ringkas dan diteruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah. Seterusnya Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu serta warga Rej 512 AW menikmati jamuan makan malam yang telah disediakan. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan β€œNafas Baru” gabungan Wisma Bintara dan Kelab Pegawai Rej 512 AW dan diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah. Upacara tandatangan Buku Lawatan juga turut dilaksanakan sebelum keberangkatan pulang Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian sumbangan β€œGerobok Rezeki” yang disempurnakan oleh YAM Komander Rej 512 AW diiringi oleh YBhg Timbalan Komander Rej 512 AW kepada anggota Sukarela Rej 512 AW yang memerlukan bantuan. Selain itu, upacara penyampaian cenderahati oleh Markas 8 Bgd kepada anggota bertugas Raya juga turut disempurnakan dan disampaikan oleh YBhg Panglima 8 Bgd.

0730f134 050d 460f a778 11a5530ad8661a44318f 077f 4039 845d 4f31c8aecb9094a72f0f 3345 4de0 87ce bca959b988f726d4de07 c1e5 4cab 90a0 6a151604701655fc545d 66a6 4ea3 86f2 f7f587823ac560cefedb 968b 42af 9df9 097fdf3fbd3a159f1a34 5e9a 487f aaaf 34ab0abcafcc3214f922 510a 49de ad31 2fab1ec680a84430ab7f c250 42d5 bfc5 3cf9aae80bf6f3917465 5d3d 43fe 973b ca82c4aa75e84961a4ef dfd7 44e2 8cf8 166bd499b807aae8b8a7 1735 4a45 afee 895c905eaf1dbabdd338 ddf2 49cb b157 46ca3a07cf73e022b32c 972d 4a3c bc1c b0ef63d269c9efdf77b1 0752 4add 957d bed685b0f724f86a871b fab8 4ac4 ad9f 58e287d41009