Kuala Lumpur – Satu program yang membuktikan bahawa aspek kebajikan anggota-anggota Askar Wataniah (AW) turut menjadi agenda dalam usaha-usaha bagi memperkasakan AW telah diadakan di Dewan Makan, Rej 515 AW pada 3 Apr 24.

Program yang dikenali sebagai Program Agihan Gerobok Rezeki Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng merupakan satu cetusan idea bersama diantara Asisten Panglima Pasukan Simpanan (AP PS), Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab dan Pengerusi Yayasan Muhibbah Tan Sri Fng Ah Seng iaitu Kol (K) Tan Sri Dato Seri Paduka Prof Dr Fng Ah Seng.

Dalam program tersebut, Kol (K) Tan Sri Dato Seri Paduka Prof Dr Fng Ah Seng telah menyampaikan sumbangan berbentuk bantuan makanan kepada wakil-wakil pasukan Rej Siri 500 yang berada di sekitar Semenanjung Malaysia. Program ini diharap dapat memberikan manfaat kepada 500 orang penerima yang semuanya dari kalangan anggota AW yang memerlukannya dengan harapan dapat meringankan beban anggota-anggota AW sambil memberikan sedikit keceriaan sempena perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Dalam ucapannya, Kol (K) Tan Sri Dato Seri Paduka Prof Dr Fng Ah Seng turut memaklumkan bahawa yayasan yang telah ditubuhkan oleh beliau sendiri pada tahun 2011 adalah bertujuan bagi menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada golongan-golongan yang memerlukan. Beliau turut memaklumkan bahawa bantuan turut disalurkan kepada anggota-anggota Tentera Darat dan tidak ketinggalan kepada anggota-anggota AW.

Dalam ucapan balasnya, Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Yayasan Muhibbah Tan Sri Fng Ah Seng atas keprihatinan serta semangat ingin membantu yang telah ditunjukkan oleh beliau terutamanya kepada anggota-anggota AW yang memerlukan. Beliau turut menambah bahawa usaha sebegini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pemeliharan aspek kebajikan anggota AW selain menjadi satu daya tarikan agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat menyertai ketumbukan ini.

WhatsApp Image 2024 04 03 at 3.09.12 PMWhatsApp Image 2024 04 03 at 3.09.17 PMWhatsApp Image 2024 04 03 at 3.09.13 PMWhatsApp Image 2024 04 03 at 3.09.14 PMWhatsApp Image 2024 04 03 at 3.09.14 PM 1WhatsApp Image 2024 04 03 at 3.09.14 PM 2WhatsApp Image 2024 04 03 at 3.09.15 PM 2WhatsApp Image 2024 04 03 at 3.09.15 PMWhatsApp Image 2024 04 03 at 3.09.15 PM 4WhatsApp Image 2024 04 03 at 3.09.16 PMWhatsApp Image 2024 04 03 at 3.09.16 PM 1