Kuala Lumpur - Bahagian Pasukan Simpanan telah melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat Bahagian Pasukan Simpanan bertempat di Dewan Watan, BPS pada 29 Mac 2024. Majlis telah dimulai dengan alunan Asma'ul Husna yang telah diketuai oleh  Leftenan Muhammad Fikri bin Said Abdul Halim sebelum memula bacaan bagi khatam Al-Quran. Bacaan khatam yang dimulai dengan surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas telah diketuai oleh Kapt Saifullah Syukri bin Abdul Samad, Lt Mohamad Sakimi bin Samsudin, Sjn Amnizam bin Amsah, Kpl Ahmad Hatta bin Yusof, LKpl Mohamad Amer Syafiq bin Mohd Zamri dan Pbt Mohd Nabil Idraki Izzat bin Majeni. Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abd Rahman bin A Wahab dalam ucapan menzahirkan rasa syukur dapat melaksanakan majlis khatam al-Qur'an yang memiliki banyak kelebihan terutamanya di bulan ramadhan yang mulia ini. Majlis diakhiri dengan penyerahan saguhati kepada ahli tadarus Al-Quran yang berjaya tamatkan bacaan Al-Quran dan kepada 15 anggota BPS serta Rej 515 AW yang telah membantu MAIWP membuat agihan beras kepada masjid-masjid yang terpilih.

WhatsApp Image 2024 03 29 at 10.50.54 AMWhatsApp Image 2024 03 29 at 10.50.55 AMWhatsApp Image 2024 03 29 at 10.50.55 AM 1WhatsApp Image 2024 03 29 at 10.50.56 AMWhatsApp Image 2024 03 29 at 10.50.56 AM 1WhatsApp Image 2024 03 29 at 10.50.56 AM 2WhatsApp Image 2024 03 29 at 10.50.57 AMWhatsApp Image 2024 03 29 at 10.50.58 AMWhatsApp Image 2024 03 29 at 10.50.58 AM 1WhatsApp Image 2024 03 29 at 10.50.59 AMWhatsApp Image 2024 03 29 at 10.51.30 AM