Kuala Lumpur- Bahagian Pasukan Simpanan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bertempat di The Dove, Kuala Lumpur pada 27 Mac 2024. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran staf BPS dan ahli keluarga serta tetamu jemputan. Tetamu jemputan yang turut hadir iaitu Pengerusi Yayasan Muhibbah, Kol (K) Tan Sri Dato Seri Paduka Prof Dr Fng Ah Seng, Mej Jen Dato’Ariff Soo bin Abdullah (Bersara), Lt Kol (K) Dato’ Yaakob bin Mohd Saad dan daripada MAIWP iaitu Ustaz Muhammad Safwan bin Saidin.  

Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab telah merasmikan majlis berbuka puasa dengan menzahirkan rasa syukur dan gembira dapat bersama-sama meraikan bulan Ramadhan yang mulia ini disamping dapat merapatkan lagi silaturahim diantara kita. Pengerusi Yayasan Muhibbah, Kol (K) Tan Sri Dato Seri Paduka Prof Dr Fng Ah Seng turut menyampaikan kata-kata aluan dan memaklumkan bahawa Yayasan Muhibbah akan dipergiatkan lebih meluas bagi membantu mereka yang memerlukan dalam kalangan Askar Wataniah.  

Majlis diteruskan lagi dengan meraikan Pegawai yang akan bertukar keluar iaitu Lt Kol Mohd Noornashriq bin Abd Rahim PS 2 Anggota (pegawai) dan Lt Kol Muhammad Hafiy bin Abdullah, PS 2 Rancang B dan penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan. Majlis diakhiri dengan penyampaian duit raya kepada anak-anak oleh Pengerusi BAKAT BPS, Datin Zarina binti Alif.

WhatsApp Image 2024 03 28 at 4.54.38 PMWhatsApp Image 2024 03 28 at 4.54.39 PMWhatsApp Image 2024 03 28 at 4.54.39 PM 1WhatsApp Image 2024 03 28 at 4.54.40 PMWhatsApp Image 2024 03 28 at 4.54.40 PM 1WhatsApp Image 2024 03 28 at 4.54.40 PM 2WhatsApp Image 2024 03 28 at 4.54.41 PMWhatsApp Image 2024 03 28 at 4.54.41 PM 1WhatsApp Image 2024 03 28 at 4.54.41 PM 2WhatsApp Image 2024 03 28 at 4.54.42 PMWhatsApp Image 2024 03 28 at 4.54.42 PM 1WhatsApp Image 2024 03 28 at 4.54.42 PM 2WhatsApp Image 2024 03 28 at 4.54.43 PMWhatsApp Image 2024 03 28 at 5.22.40 PM