Kuala Terengganu – Seramai 109 Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Sukarela telah berjaya menamatkan Kursus Asas Perajurit Muda (APMS) Sukarela Siri 1/2024 dan telah terlibat dengan Perbarisan Penutup Kursus Asas Perajurit Muda (APMS) Sukarela Siri 1/2024 pada 15 Mac 24 bertempat di Padang Kawad Bn 3, Kem Bukit Kuang yang telah dirasmikan oleh YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brig Jen Dato’ Sri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rej 512 AW.

Perbarisan ini dimulakan dengan Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela dan Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang turut disempurnakan oleh YAM Komander Rej 512 AW, diiringi oleh YBhg Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rej 512 AW. Majlis seterusnya diteruskan dengan Upacara Penyampaian Hadiah kepada para penuntut, dimana Anugerah Kawad (L) Terbaik disandang oleh 6300959 Pjm Muhammad Firdaus Afiq bin Mohd Rosly, Anugerah Kawad (W) Terbaik disandang oleh 6298309 Pjm Faten Syhrena binti Abdul Jalil. Bagi Anugerah Akademik Terbaik disandang oleh 6298388 Pjm Ummi Salwa binti Mohd Faizullah manakala Anugerah Keseluruhan Terbaik telah disandang oleh 6301978 Pjm Amzar Zulsyahmie bin Nordin @ Nordey.

6d547663 19a1 4595 9df6 8bf925c74eb2002b9b1e 9b4b 497b 824e 395d8d731767a8e90d1e f545 4d8f b9e9 e1d9922461a32bc55954 7887 4971 a83d 53facaab7d81ae386ae3 c346 4013 b795 b07f2864d73c50d8c411 80b3 41ae bfbf d400917833274dc6c922 1567 486a 84bb 07a740ebcfb8dcdfaadc ebfe 4b3a 9cb6 f263fd07c7e8