Kuala Lumpur: Seramai 32 pegawai Tentera Darat (TD)  dinaikkan pangkat, dua daripadanya pegawai bagi Bahagian Pasukan Simpanan dan empat daripadanya merupakan pegawai Sukarela Askar Wataniah yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan bertempat di Dewan Zukifli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat  pada 22 Mac 2024. Majlis juga turut dihadiri dan disaksikan oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab serta Pegawai-Pegawai Kanan TD.

Pegawai Kanan Sukarela yang telah dinaikkan pangkat daripada Kol kepada Brig Jen iaitu Kol Dr Lim Teck Kiong yang akan memangku jawatan terbaru iaitu Ketua Komponen Fusion Centre, Komponen Perisikan Pertahanan, ESSCOM. Pemakaian pangkat diteruskan daripada Lt Kol kepada Kol iaitu Lt Kol Hj Rizwan bin Shuib yang akan memangku jawatan sebagai Komander Rej 502 AW dan Lt Kol Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail yang akan memangku jawatan sebagai Komander Rej 515 AW.

Pegawai Kanan daripada Bahagian Pasukan Simpanan pula daripada Mej kepada Lt Kol iaitu Mej Mohd Noornashriq bin Abd Rahim, Pegawai Staf 2 Anggota (Pegawai) dan Mej Muhammad Hafiy bin Abdullah, Pegawai Staf 2 Rancang B. Seterusnya pegawai Sukarela yang akan memakai pangkat leftenan iaitu En. Mohd Ashraf bin Muslim, seorang pelakon tanah air yang akan memangku jawatan sebagai Ketua Platun di Rej 515 AW.

APPS dan Seluruh warga Askar Wataniah mengucapkan tahniah kepada barisan pegawai kanan dan pegawai AW yang telah diberikan mandat dan kepercayaan untuk memegang tampuk kepimpinan baharu. Semoga dengan amanah yang dipertanggungjawabkan ini, organisasi AW akan terus dipimpin ke arah kecemerlangan yang lebih baik pada masa hadapan.

WhatsApp Image 2024 03 22 at 10.39.24 PMWhatsApp Image 2024 03 22 at 10.39.40 PM 1WhatsApp Image 2024 03 22 at 10.39.25 PM 1WhatsApp Image 2024 03 22 at 10.39.27 PM 1WhatsApp Image 2024 03 22 at 10.39.28 PMWhatsApp Image 2024 03 22 at 10.39.39 PMWhatsApp Image 2024 03 22 at 10.39.41 PMWhatsApp Image 2024 03 22 at 10.39.41 PM 1WhatsApp Image 2024 03 22 at 10.39.42 PMWhatsApp Image 2024 03 22 at 10.39.43 PMWhatsApp Image 2024 03 22 at 10.39.43 PM 1WhatsApp Image 2024 03 22 at 10.39.44 PMWhatsApp Image 2024 03 22 at 11.38.30 PM